Friday, March 27, 2009

sekitar seminar melukis potret

Baru-baru ini,komuniti pelukis Rajawali telah mengadakan bengkel melukis potret dan sambutannya amatlah menggalakkan.

Diantara pelukis tempatan yang hadir adalah, Presiden SENIKA, Shaimy Hasim,Presiden Pelukis Telok Chempedak, Munif,wakil Creatif Ent., Nazri,wakil Balai Seni Lukis Pahang, Tuan Wil dan pelukis khat bert ramli.

Kehadiran lebih sepuluh orang penuntut Kolej ShahPutra bersama haris,pensyarah mereka yang juga merangkap jurutunjuk bengkel tersebut amat dihargai.

Tidak ketinggalan penyair tersohor masli NO juga telah melapangkan masa menyertai bengkel tersebut. Terima kasih Masli.

Kumpulan pelukis Rajawali sekali lagi mengucapkan terima kasih diatas kesudian semua yang hadir.









kelas lukisan

Kumpulan pelukis Rajawali telah memulakan kelas melukis bagi kanak-kanak sekolah rendah. Kepada yang berminat sila hubungi Acai di no 012 988 3408 untuk keterangan lanjut.

Kelas akan diadakan setiap sabtu dan ahad. Bayaran adalah sebanyak RM20.