Monday, April 13, 2009

pelajar IKIP di rajawali

Baru-baru ini, beberapa orang pelajar jurusan seni dari Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang telah datang ke studio Rajawali bagi menemuramah beberapa orang pelukis sebagai tugasan kerja.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar berkenaan kerana sudi datang.

Sunday, April 12, 2009

Pusat Seni Setempat

Bagi memeriahkan kegiatan Pusat Seni Setempat anjuran Jabatan Kebudayaan Negara,Negeri Pahang, Rajawali telah menghantar Abi Wafi dan pelukis tamu Rajawali, En.Osman Limat sebagai wakil.

Terima kasih En. Shaimy Hashim dari SENIKA kerana sudi menjemput kami.




Friday, April 10, 2009

in the news

GASP

Galeri KOTAKOTAK akan mengadakan pamean 12 orang pelukis yang terdiri dari pensyarah IKIP dan UiTM. Semua di jemput hadir.

Untuk keterangan lanjut,sila hubungi;

taufiq mohd +6o19 333 3948
raja badreen +6o16 280 0587


Group of Atrists Saying Peace is a group show by IKIP-UiTM art and design lectures with the colobration of a local contemporary art gallery,KOTAKOTAK.

About 12 lectures will be taking part in this show. The main purpose of this show is to educate the locals mainly and students enerally on the world of visual art.

kotakotak.

Friday, April 3, 2009

Kunjung Tinjau Prof Dr najib Dawa

Kunjungan tinjau Prof Dr Najib Dawa (Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara) ke Galeri Rajawali pada 26 Mac 2009. Terima kasih daun keladi Prof.Dr. Najib Dawa!




Thursday, April 2, 2009

aksara senijiwa-kolej shahputra kuantan

Terima kasih di ucapkan kepada Kolej Shahputra Cawangan Kuantan kerana menjemput Rajawali ke acara ASKARA SENIJIWA.





Wednesday, April 1, 2009

catatan Marsli NO

MALAM Rabu 18 Februari, 2009 kelmarin, ditemani pelukis Tuan Wil, saya mengunjungi Galeri Rajawali. Kunjungan itu sebagai tanda hormat dan setiakawan atas jemputan pemilik galeri tersebut, pelukis Abdullahjones(pengasas sebenarnya,bukan pemilik-AJ) yang memaklumkan acara malam itu adalah demonstrasi melukis potret.

Secara rasminya, inilah kali pertama saya memasuki dan menikmati karya seni tampak di dalam sebuah galeri milik pelukis Melayu di bandar Kuantan ini.

Sebelum ini, saya lebih banyak menikmati hasil karya seniman pelukis di Kuantan ini melalui pameran terbuka pelukis Osman Limat dan paling akhir karya lukisan Cikgu Mat Nor di Taman Kerang, Kuantan.

Kalau sekitar tahun 1970-an dulu, ada sebuah rstoren di salah satu dari deretan petak perniagaan di Medan Pelancong di tepian sungai Kuantan yang mempamerkan beberapa karya lukisan.

Sekitar tahun itu juga, di sebuah kedai di bangunan LKNP, bersebelahan Klinik Dr. Kassim, saya juga pernah menikmati karya lukisan yang dipajang dan untuk dijual di situ.

Itu semua adalah sejarah dan kehadiran Galeri Rajawali bagi saya adalah sesuatu yang mengilham dan sekaligus boleh menjadi ruang untuk bertolak ke sesuatu kegiatan seni dan pemasaran hasil karya yang lebih bermakna.

Acara malam itu dilangsungkan dalam suasana yang sangat santai. Seseorang tampil ke depan dan memulai acara tanpa sebarang ucapan rasmi-rasmian, langsung kepada persoalan dan tidak bertele-tele.

Memang sepatutnya acara seni, dan sastra sekaligus, dilangsungkan dalam keadaan dan suasana sebegini: santai dan tidak terlalu banyak bumbu pura-pura untuk mengampu dan menghormati tamu kehornat seperti waibi atau tanseri. Yang penting dan perlu menjadi fokus adalah isi dan kandungan acara.

Kesempatan berkunjung ke Galeri Rajawali malam itu sepenuhnya saya isi dengan cuba untuk belajar lebih menikmati hasil karya teman-teman pelukis ini. Satu atau dua pelukis di galeri ini, memang sudah saya kenal rapat sebelumnya dan tanpa dipinta atau disuruh sesiapa, pelukis Aziz dengan rela hati, menjadi pelayan tamu dan memperjelaskan apa-apa yang saya tanyakan mengenai sesuatu lukisan yang saya lihat dan renung.

Memang pun pemilik galeri ini juga sudah saya kenal sebelum ini secara misteri. Tetapi itu bukan soal sangat. Kenal atau tidak, kalau di hati saya rasa tidak berkenan, memang haram saya tidak akan datang. Di galeri ini sebenarnya saya berasa tiada atau kurang suasana dan angin pura-pura seperti yang selalu saya jumpa dan rasai dalam banyak acara seni dan sastera. Kami bersalam dan bertanya sekadarnya, selepas itu masing-masing dengan hal sendiri. bebas untuk menikmati dan "berseni" menurut caranya sendiri. Suasana inilah yang saya senangi di sini, atau di mana-mana juga jika ada.

Memang pun menjadi prinsip saya. Apa yang saya fikirkan baik dan bermanfaat memang sentiasa saya sokong.

Kegiatan galeri ini, seperti malam ini, bagi saya adalah suatu yang baik dan wajar diteruskan. Malah kalau mahu diadakan acara baca sajak dan kegiatan sastera lain yang sesuai diadakan secara kamar, yang tidak sampai menjadikan suasana terlalu gamat atau boleh mengganggu ketenteraman jiran sekitar, bagi saya juga sesuai.

Di galeri inilah, malam ini, saya melihat kepala ikan dilukis dalam pelbagai bentuk dan perspektif. Begitu juga kepala lembu atau kerbau. Aziz pula yang sebelum ini saya sangkakan hanya pakar sebagai pelukis potrait, menayangkan beberapa karya seni tampaknya beraliran surealis.

Memang saya tertarik dengan lukisan-lukisan kecil yang digantung agak tinggi, yang kalau mahu saya rakamkan ke dalam kamera, perlu saya menggunakan tangga supaya kelihatan pada aras tumpuan mata. Saya fikir banyak lukisan-lukisan kecil itu yang sesuai dijadikan penghias atau cover buku.

Sebagai rakaman dan tanda kenangan, saya rakamkan dengan kamera sebuah lukisan hasil karya Abdullah Jones, yang saya lupa hendak tanyakan kepada pemilik galeri apakah judulnya. Juga saya tertarik kepada beberapa objek atau apa yang saya lihat di depan mata, itu juga saya rakamkan.

Rasanya, waktu untuk penyair dan pelukis hanya berkarya di kamar masing-masing, sudah waktunya dileraikan.

Kenapa tidak berkolaborasi, yang satu melukis, yang lain bersajak dan diterbitkan dalam bentuk buku secara lebih terhormat?

Dan kawan-kawan yang selalu dan tidak sudah-sudah dengan perasaan iri serta pantang melihat orang bahagia, janganlah berasa terancam bila aku sudah kembali atau semula mengakrabi seniman tampak atau pelukis!

Februari 20, 2009

Friday, March 27, 2009

sekitar seminar melukis potret

Baru-baru ini,komuniti pelukis Rajawali telah mengadakan bengkel melukis potret dan sambutannya amatlah menggalakkan.

Diantara pelukis tempatan yang hadir adalah, Presiden SENIKA, Shaimy Hasim,Presiden Pelukis Telok Chempedak, Munif,wakil Creatif Ent., Nazri,wakil Balai Seni Lukis Pahang, Tuan Wil dan pelukis khat bert ramli.

Kehadiran lebih sepuluh orang penuntut Kolej ShahPutra bersama haris,pensyarah mereka yang juga merangkap jurutunjuk bengkel tersebut amat dihargai.

Tidak ketinggalan penyair tersohor masli NO juga telah melapangkan masa menyertai bengkel tersebut. Terima kasih Masli.

Kumpulan pelukis Rajawali sekali lagi mengucapkan terima kasih diatas kesudian semua yang hadir.









kelas lukisan

Kumpulan pelukis Rajawali telah memulakan kelas melukis bagi kanak-kanak sekolah rendah. Kepada yang berminat sila hubungi Acai di no 012 988 3408 untuk keterangan lanjut.

Kelas akan diadakan setiap sabtu dan ahad. Bayaran adalah sebanyak RM20.

Saturday, February 28, 2009

Friday, February 20, 2009

Sekitar bengkel dan demontrasi potret. terima kasih kepada semua yang hadir.tahniah kepada abdullah 'acai' hamdan diatas kejayaan bengkel tersebut. salute!










Sunday, February 15, 2009

PEMGUMUMAN

Galeri Seni Lukis Rajawali akan mengadakan bengkel dan demontrasi melukis potret secara terus (live). Semua dijemput hadir.

Tempat : No 51, Lorong 13, Taman Chenderawasih, Bukit Setongkol,Kuantan,Pahang.
Masa : 9.00 Malam.
Tarikh : 18/02/09

TELEPON : 012-988 3408

MODEL DIPERLUKAN

Semua dijemput hadir. Kemasukkan adalah PERCUMA.

Wednesday, February 11, 2009

Monday, February 9, 2009

rajawali @ balai senilukis negara.


abu yusof dengan lukisan radzuan

abi wafi dengan 'yusof ghani'

Thursday, January 29, 2009

artist : abu yusof
title : 3/36497,jalan kg. baru,permatang badak,kuantan,pahang.
size : 3.5'x4.5'
media : mixed media on canvas

artist : abdullahjones
title : smokingself
size : 3.5'x4.5'
media : mixed media on canvas

artist : amin daud
title : tasek chini
size : 1.5'x2.5'
media : oil on canvas