Thursday, May 6, 2010
Wednesday, May 5, 2010
pengerusi pemuda DUN maran datang
"koi tok faham langsung,kata Encik Zamri,Pengerusi Pemuda UMNO DUN Maran setelah melihat-lihat studio kami.
Walaupun demikian,kami berterima kasih kepada beliau kerana dalam kealpaannya tentang senilukis,beliau masih sudi untuk menjenguk kami.
Namun dalam pada tidak faham itu, Encik Zamri tertarik dengan satu hasilkerja distudio kami dan menfotonya.
Encik Zamri adalah seorang jurufoto tegar dan juga 'pembikin' kamera biasa ke kemera infra-red.Hubungi kami jika kamu memerlukan khidmat beliau.
Monday, May 3, 2010
ismadi sallehuddin
Baru-baru ini kami dilawati oleh pelukis dan seramis terkenal,ismadi sallehuddin. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dari mula penubuhan studio kami sehingga kini.
Ismadi kini dalam rangka perancangan untuk mengadakan pameran solo di Taman Ismail Marzuki,Jakarta,Indonesia dan kami semua merancang untuk kesana bilamana pameran itu diadakan.
Terima kasih atas segala sokongan dan tunjuk ajar bos!
Ismadi boleh dilawati di http://artismadi.blogspot.com/
Sunday, May 2, 2010
ifamuddin dan ujang
Encik Iffamudin,Kordinator Pogram UiTM dan Encik Ujang,pensyarah Jurusan Seni Halus, Kolej IKIP cawangan Kuantan telah datang meluangkan masa bersama kami.
Mereka banyak memberi sokongan dengan menghantar pelajar-pelajar mereka ke studio kami.
Terima kasih dan sila datang lagi.
ps: gambar oleh dR.ali.
Saturday, May 1, 2010
malaysian wannabe datang dengan Yah. i like!
Hari ini kami dilawati oleh a malaysian wannabe,seorang rakyat Singapura yang sangat ingin menjadi rakyat Malaysia,(sila semak akal fikiran kamu ) dan Yah seorang jurutera dari ABAS (syarikat yang jual air kepada SYABAS,kata dia). Malaysian wannabe adalah kawan lama AJ.
Dan mereka membawa dua bungkus rambutan (yang satu bungkus dihabiskan dengan lahapnya oleh dR. Ali tanpa sebarang perasaan malu. Didepan tetamu).
Terima kasih kepada brader Bert kerana sudi menjadi jurupandu dan jurubual.Terima kasih kepada malaysian wannabe dan Yah.
ps: semua gambar yang sopan oleh AJ. Yang tidak sopan oleh dR.Ali.
baca pengalaman mereka disini.
Saturday, April 24, 2010
pengkraf dan tukang kasut
President Persatuan Pengusaha Kraf Pahang atau PENGKRAF,Encik Wan Adnan datang bertamu bersama keluarga kestudio kami.
Duduk paling kanan bersama keluarga beliau adalah saudara Ikram,seorang 'tukang kasut'. Bukan sebarang kasut,tetapi kasut yang diukir dari kayu. Diatas adalah contoh kraf yang dihasilkan oleh beliau.
Terima kasih atas sokongan PENGKRAF dan juga keluarga Wan Adnan serta encik Ikram.
Saturday, April 17, 2010
tetamu datang membawa berkat
Hari ini kami menerima ramai tetamu yang hebat-hebat. Jenuh Ajis membancuh teh.
Mula-mula kami dilawati oleh kartunis terkenal,Aza.Pelukis Majalah Gila-Gila ini datang untuk lebih ramah dengan kami dan kami amat suka.
Untuk pengetahuan semua,Kartunis Aza akan membuka sebuah kedai menjual cenderamata di bandar Jerantut bermula pada awal bulan Mei 2010. Jika tuan-tuan tinggal dikawasan sekitar Bandar Jerantut,Pahang,sila kekedai beliau.
Aza juga sedang membangunkan satu aplikasi komputer bagi tujuan mengkomersilkan karya-karya beliau. Tunggu pengumuman dari beliau dalam masa terdekat.
Kemudian dari itu, kami didatangi pula oleh pasangan pemilik Studio Tinta Kreatif,Wan dan Ude
Pasangan ini mengusahakan sebuah studio fotografi dan juga merupakan jurugambar majlis. Tidak kira samada majlis pernikahan,konvokesyen,naik pangkat atau apa sahaja.
Jika ditanya,kami dengan senang hati mengatakan yang hasil kerja pasangan ini adalah antara yang terbaik. Upah mereka,dan kamu tentu tidak akan menyesal.
Lewat petang, kami diziarahi pula oleh Normala Shamsuddin,bukannnnnn, bukan Perempuan Melayu Terakhir itu,tetapi seorang guru bahasa inggeris di Universiti Malaysia Pahang yang cool.
Normala yang juga dikenali sebagai patungcendana ini sudah dua kali menziarahi kami.
Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua tetamu yang datang hari ini. Kedatangan ini tentunya membawa banyak manafaat kepada kami. Terima kasih daun keladi. Datang-lah lagi!
Thursday, April 15, 2010
monsoon gantung
artist : radzuan mat diah
title : monsoon/main dam
size : 3'x4'
medium : mixed media on canvas
year : 2010

artist : abdullahjones
title : gantung/self potraits
size : 4'x5'
medium : acrylic on canvas
year : 2010

artist : abdullahjones
title : gantung/between two lovers
size : 4'x5'
medium : acrylic on canvas
year : 2010
title : monsoon/main dam
size : 3'x4'
medium : mixed media on canvas
year : 2010
artist : abdullahjones
title : gantung/self potraits
size : 4'x5'
medium : acrylic on canvas
year : 2010
artist : abdullahjones
title : gantung/between two lovers
size : 4'x5'
medium : acrylic on canvas
year : 2010
Tuesday, April 13, 2010
stephen datang lagi
Monday, April 12, 2010
Sunday, April 11, 2010
NADiABeRTRAND DAn MOhD HAtTA









Minggu Lalu kami dilawati oleh dua artis terkenal. Satu, Nadia Bertrand dari Kanada dan dua, Mister Big Bossman, Mohd Hatta Ismail, tokoh pelukis tempatan. Walau pun Mohd Hatta sudah lama tidak melukis dan lebih menumpukan perhatian kepada rekaan luar dan dalam (kediaman),kami masih menghormati beliau sebagai pelukis (yang hebat).
Terima kasih kepada kedua pelukis ini kerana sudi meluangkan masa distudio kami. Kerja-kerja Nadia boleh dilihat disini dan kerja-kerja Mohd Hatta boleh dilihat disini.
Monday, April 5, 2010
Wednesday, March 31, 2010
apa kata mereka tentang (salah seorang) artis rajawali

However, all art is in a way subjective, and the one work that caught my eye is – Jerit (scream), by Abdullah Hamdan (number 116 on the website). This is a poignant digital artwork, for me saying all there needs to be said about the fight against AIDS, the pain and suffering this disease brings not only to the individual whose body has been invaded by the virus, but for those connected to that individual, friends and family. The top 30 artworks can still be seen online, at http://seniuntukaids.blogspot.com .
dipetik dari :http://correspondences-martin.blogspot.com/
Sunday, March 21, 2010
route à Paris
Wednesday, March 10, 2010
bridges
"beta suka lukisan ini" kata baginda Sultan Pahang takala melihat lukisan yang dipersembahkan kepada baginda sempena perasmian Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah,Kuala Krau,Temerloh,Pahang.
Semua Lukisan ini adalah karya Nazri Sood.



Sinar Harian 09/03/10
Jambatan Sultan Ahmad Shah Kuala Krau Temerloh

Jambatan Selancar Muadzam Shah
Semua Lukisan ini adalah karya Nazri Sood.



Sinar Harian 09/03/10
Jambatan Sultan Ahmad Shah Kuala Krau Temerloh
Jambatan Selancar Muadzam Shah
Subscribe to:
Posts (Atom)
