Thursday, September 16, 2010

hari yang happening di rajawali

Hari ini merupakan hari yang agak happening di studio kami. Walaupun masih cuti hari raya,mula-mula kami dilawati oleh pelukis dari Kelantan,saudara Sulaiman Dollah aka Manza Doll.

Kemudian kami membawa saudara Manza Doll ke Balai Seni Lesu Pahang untuk bertemu dengan pelukis Tuan Will. Dibawah ini adalah gambar hasil karya Tuan Will.

Tuan Will merupakan seorang pelukis yang sangat gigih dan tidak dapat untuk selalu melawat studio kami kerana tidak ada kenderaan. Studio kami memang terletak di hulu Sungai Kuantan.







Kemudian,kami dilawati pula oleh Azlan dan Wan dari Wangsa Maju,Kuala Lumpur. Tujuan mereka ke studio kami adalah untuk bertemu dengan dR.Ali bagi mengubahsuai kamera mereka dari kamera biasa kepada kamera infra merah (IR). Kasihan benar kami kepada mereka kerana termakan racun berbisa dR.Ali.

Untuk tahu apa itu gambar IR,sila ke http://www.flickr.com/photos/2121studio/

Untuk pengetahuan semua, kami di Studio rajawali juga menyediakan perkhidmatan mengubahsuai seperti yang dinyatakan. Jika ada diantara kamu yang berminat dan rela disabitkan dengan dR. Ali,sila hubungi beliau.

Oh! ya, kamu memang patut merasa hina kerana belum pernah sampai ke studio kami.

Wednesday, September 15, 2010

latest by abu yusof


artist: abu yusof
title: siri benda #1
size: 3.5'x4'
media: acrylic on canvas
year: 2010

artist: abu yusof
title: siri dinding #6_tiga cerita satu dinding kaca
size: 4'x 5'
media: mixed media
year: 2010

Friday, September 3, 2010

disitu/radzuan mat diah/solo





Studio Rajawali dengan ini menjemput semua untuk hadir ke majlis pembukaan pameran solo oleh pelukis Radzuan Mat Diah pada 03/10/10 (ahad) jam 2 petang di studio kami yang beralamat di no 51.jalan 13.taman cenderawasih.kuantan.pahang.

Sokongan semua adalah dialu-alukan.

Tuesday, August 31, 2010

dr.azmi dan muhammad ibrahim

Seperti kebanyakkan tamu kami,Dr.Azmi dan anak beliau,Muhammad Ibrahim adalah kawan dr.ali. Tetapi kami telah meng-hijack untuk dijadikan tamu kami.

Jadi,baru-baru ini kami telah dilawati oleh Dr.Azmi dan anaknya Muhammad Ibrahim. terima kasih kerana sudi singgah.

Muhammad Ibrahim masih menuntut di Bristol,England dan sedang bercuti.

Sila datang lagi.

Dan dR.ali menyambut tamu dengan berkain pelikat. Jenis tak belajar agama agaknya dR.ali ini. Tidak pandai meraikan tetamu.


Monday, August 30, 2010

hope and joy

artis : abdullahjones
title : siri gantung/ hope
size : 3'x4'
media : acrylic on canvas
year : 2010

artis : abdullahjones
title : siri gantung/ joy
size : 3'x4'
media : acrylic on canvas
year : 2010

Thursday, August 26, 2010

pelajar kolej PTPL datang

Hari ini kami dilawati oleh pelajar-pelajar Kolej PTPL Kuala Terengganu. Besama mereka adalah Cik Fizah Dan Cik Yati,guru mereka. Mereka dari jurusan seni grafik.

Mengiringi mereka adalah Ku Bad dan juga saudara Al-Farook Ezanee.

Terima kasih kerana sudi datang.







Thursday, August 12, 2010

tetamu jauh

Baru-bari ini kami menerima lawatan dari tetamu yang jauh dan dari terlalu jauh.

Pertama, kami dilawti oleh Pak Hanan,teman lama kami. Pak Hanan datang menziarahi kawan-kawan beliau iaitu,Pak Osman Limat dan tuan priseden, en.mohd shaimy. dan Pak Hanan menjadi tetamu pertama yang sanggup bermalam di studio kami.
Kemudian,kami dilawati pula oleh j.jiang,siew peng dan ng hock how. siew peng dan ng hock how datang dari singapura manakala jiang pula datang dari tanah besar china.
Terima kasih kepada tetamu yang sudi datang.

Wednesday, August 4, 2010

write-up/out of the blue/abu yusof/solo


karya ini bukan disini..

Teringat saya buat pertama kali mengunjungi Rajawali beberapa tahun yang lalu.saya tersentak dan sempat saya berbicara dengan seorang lagi rakan melihat akan beberapa karya yang dihasilkan oleh Abu Yusuf.

Terpaku kami seketika bagi cuba memahami dan merasai akan hasilan catan beliau. Bermain difikiran saya.agak berani juga si pelukis ini menghasilkan karya yang hanya menggunakan garisan dengan pelbagai warna. Melangkah keluar dari Rajawali, saya masih membicarakan perihal karya itu.
Kini sudah 2010, karya yang dihasilkannya kini sudah jauh lebih baik dari karya beliau sejak beberapa tahun yang lalu.

Saya berani menyatakan, Abu Yusuf sudah hidup dialam seninya yang tersendiri! bukan hanya bakat, minat dan kegigihan, bahkan beliau telah cuba membawa diri sendiri kesatu tahap penghasilan ‘karya impak tinggi’. Tahap yang dinyatakan ini memperlihatkan sikap ‘ovious’ yang sama dialami oleh pelukis terkenal lain dan maafkan saya kalau saya katakan sebahagiannya agak melampau dalam perlakuan harian mereka. Tuntutan terhadap perlakuan ini, maka karya yang dihasilkan akan memperlihatkan impak “unidentified form” yang tersendiri.

Berminat dengan teknik dan gaya garisan yang dihasilkan dalam kebanyakan catan pelukis terkemuka Negara Datuk Ibrahim Hussein. Gaya tokoh ini seterusnya menjadi rujukan dalam penghasilan karya Abu Yusuf. Melihat kepada paparan karya yang dihasilkan oleh Abu Yusof dalam siri ini seolah kita cuba menerokai alam fikirannya yang sebenar seperti ada intuisi yang cuba disampaikan olehnya buat tatapan pemerhati. Penghasilan karya yang hanya menggunakan garisan bagi menghasilkan rupa sahaja adalah sesuatu yang mencabar buat seseorang pelukis, sudah tentu ramai yang akan bertanya nanti, Kenapa?.

kerana ia memerlukan olahan kreativiti individu pelukis. Gawang yang saya nyatakan ini merupakan satu mimpi ngeri bagi setiap individu pelukis ditambah lagi dengan tekanan penerimaan masyarakat Kuantan yang masih lagi berkiblatkan lukisan cetakan - siapa yang berani membeli karya Abu ini??...Namun apa yang diperlihatkan oleh beliau pada hari ini jelas memaparkan karyanya di tahap tinggi..sudah tentu soalannya… Bagaimana dan mungkin soalan yang lebih bodoh lagi… apa dia? Kerana karya sedemikian menuntut kekuatan dan pemahaman diri pelukis sendiri untuk menghasilkan rupa dalam paparan tiga dimensi dengan hanya menggunakan garisan. Keadaan yang sama merujuk kepada karya yang dihasilkan oleh beberapa pelukis terkemuka dunia seperti Brice Marden, dalam karyanya Cold Mountain3,1989-91 dan garisan rupa kuda yang dihasilkan oleh Susan Rothenberg dengan karyanya Untitled 1975.

Apa yang cuba saya jelaskan disini adalah…bukan untuk cantik tetapi menggunakan intelektual dalam menghasilkan karya!... Kematangan pelukis dalam memilih warna ‘complimentary’ juga jelas menyatakan akan ‘celik warna’ diri beliau sebagai seorang pelukis. Kebijaksanaan yang dipaparkan dalam karya Abu Yusof juga digayakan dengan subjek biasa dilihat seperti cerek, sudu, sayur dan pelbagai objek harian yang lain seolah cuba membawa pemerhati untuk bersama ‘menguji’ kreativiti diri bagi memikirkan seketika tentang apa yang cuba disampaikan olehnya.

Jelas apa yang dihasilkan oleh Abu Yusuf dalam kebanyakan karya beliau pada kali ini memperlihatkan olahan terhadap ‘tatabahasa seni’ beliau yang cukup cantik, teratur dan menarik atau dalam bahasa lainnya, dia tidak melanggari disiplin seni yang telah ditetapkan oleh fitrah warna itu sendiri. Agak unik!...cuba kalian merujuk karya hasilan Claude Monet, Rouen Cathedral:Morning, 1894.
Saya percaya akan apa yang dihasilkan oleh Abu Yusof ini bukan hanya contengan bersahaja atas kanvas semata bahkan telah tercarik sejarah baru dalam dimensi seni Negara yang cukup menarik!. TABIK Abu…..

Ismadi Sallehuddin,
Curator.

Tuesday, July 27, 2010

pameran solo abu yusof


datang beramai-ramai ke studio rajawali!

Tuesday, July 13, 2010

t-shirt for sale



Beli T-Shirt percuma *Poster (*selagi ada stok)

Harga termasuk kos biaya pos

Semenanjung Malaysia
RM 50.00 (Lengan Pendek)
RM 55.00 (Lengan Panjang)

Sabah/Sarawak
RM 55.00 (Lengan Pendek)
RM 60.00 (Lengan Panjang)

:: Iron On Sticker + Silk screen (white)
:: Saiz cetakan : 7" x 12"

* Abdullahjones (AJ) berbesar hati untuk menuliskan nama glamer anda di ruangan khas (lihat close up) di t-shirt ini.

Bayaran boleh dibuat di CIMB
080 2127 222 9523
( Mai Nurul Atiqah )

Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
atas nama T-SHIRT MASKARA TAK KODI

1. Nama
2. Alamat penghantaran
3. Saiz
4. Lengan Pendek / Lengan Panjang
5. Nama glamer yg mahu AJ tuliskan
6. Kuantiti
7. No. Telefon
8. Bukti Pembayaran (attach).

** Tarikh tutup tempahan pada tengah malam 22 Julai 2010

** Tiada pengulangan cetak sebab AJ dan Sinaganaga tak perkenan. **

artwork : Abdullahjones
reka & cetak : Meor

Thursday, June 24, 2010

hanging by a thread

artist : abdullahjones
title : siri gantung/red and yellow
size : 3'x4'
media : acrylic on canvas
year : 2010

artist : abdullahjones
title : siri gantung/green
size : 4'x5'
media : acrylic on canvas
year : 2010

pop! goes rajawali.

artist :-
title : nancy love sluggo
size : 92cm x 92cm (two panels)
media : acrylic on canvas
year : 2010

artist : -
title : your father's a teddy bear
size : 63cm x 20cm
media : acrylic on paper
year : 2010

artist : -
title : i8 mickey
size : 63cm x 20cm
media : acrylic on paper
year : 2010

Thursday, May 6, 2010

Wednesday, May 5, 2010

pengerusi pemuda DUN maran datang


"koi tok faham langsung,kata Encik Zamri,Pengerusi Pemuda UMNO DUN Maran setelah melihat-lihat studio kami.

Walaupun demikian,kami berterima kasih kepada beliau kerana dalam kealpaannya tentang senilukis,beliau masih sudi untuk menjenguk kami.

Namun dalam pada tidak faham itu, Encik Zamri tertarik dengan satu hasilkerja distudio kami dan menfotonya.

Encik Zamri adalah seorang jurufoto tegar dan juga 'pembikin' kamera biasa ke kemera infra-red.Hubungi kami jika kamu memerlukan khidmat beliau.

Monday, May 3, 2010

ismadi sallehuddin



Baru-baru ini kami dilawati oleh pelukis dan seramis terkenal,ismadi sallehuddin. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dari mula penubuhan studio kami sehingga kini.

Ismadi kini dalam rangka perancangan untuk mengadakan pameran solo di Taman Ismail Marzuki,Jakarta,Indonesia dan kami semua merancang untuk kesana bilamana pameran itu diadakan.

Terima kasih atas segala sokongan dan tunjuk ajar bos!

Ismadi boleh dilawati di http://artismadi.blogspot.com/

Sunday, May 2, 2010

ifamuddin dan ujang



Encik Iffamudin,Kordinator Pogram UiTM dan Encik Ujang,pensyarah Jurusan Seni Halus, Kolej IKIP cawangan Kuantan telah datang meluangkan masa bersama kami.

Mereka banyak memberi sokongan dengan menghantar pelajar-pelajar mereka ke studio kami.

Terima kasih dan sila datang lagi.


ps: gambar oleh dR.ali.

Saturday, May 1, 2010

malaysian wannabe datang dengan Yah. i like!





Hari ini kami dilawati oleh a malaysian wannabe,seorang rakyat Singapura yang sangat ingin menjadi rakyat Malaysia,(sila semak akal fikiran kamu ) dan Yah seorang jurutera dari ABAS (syarikat yang jual air kepada SYABAS,kata dia). Malaysian wannabe adalah kawan lama AJ.

Dan mereka membawa dua bungkus rambutan (yang satu bungkus dihabiskan dengan lahapnya oleh dR. Ali tanpa sebarang perasaan malu. Didepan tetamu).

Terima kasih kepada brader Bert kerana sudi menjadi jurupandu dan jurubual.Terima kasih kepada malaysian wannabe dan Yah.

ps: semua gambar yang sopan oleh AJ. Yang tidak sopan oleh dR.Ali.

baca pengalaman mereka disini.

Saturday, April 24, 2010

pengkraf dan tukang kasut


President Persatuan Pengusaha Kraf Pahang atau PENGKRAF,Encik Wan Adnan datang bertamu bersama keluarga kestudio kami.

Duduk paling kanan bersama keluarga beliau adalah saudara Ikram,seorang 'tukang kasut'. Bukan sebarang kasut,tetapi kasut yang diukir dari kayu. Diatas adalah contoh kraf yang dihasilkan oleh beliau.

Terima kasih atas sokongan PENGKRAF dan juga keluarga Wan Adnan serta encik Ikram.