Monday, October 25, 2010

pengumuman penting

MAKLUMAN PENTING: PAMERAN ART UNDER 500 AKAN DIADAKAN DI MUZIUM SENI PAHANG,JALAN MASJID,BUKAN DI STUDIO RAJAWALI.

Thursday, October 14, 2010

Tuesday, October 12, 2010

perlantikan baru studio rajawali

-dari abdullahjones.blogspot.com-





Izinkan kami memperkenalkan Sukairi Bin Shahri IC 740201 06 6019,pengurus baru studio kami bagi menggantikan Engku Amir.

Seperti kamu,Engku Amir juga akan mendapat tahu mengenai keterberhentian beliau melalui tulisan ini.Talifon beliau selalu rosak.

Anak kelahiran Pekan,Pahang ini kini bertugas sebagai pereka grafik untuk Kolej Shahputra,Kuantan.

Sebelum ini,beliau pernah bertugas dengan akhbar Harakah,namun setelah bertaubat,beliau meninggalkan akhbar berkenaan.Barisan partai politik yang memerintah Malaya patut memberi perhatian khas kepada beliau kerana kami yakin beliau banyak menyimpan rahsia pihak Harakah dan seperti yang kami semua tahu,beliau sangat tidak boleh menyimpan rahsia. Dibayar atau tidak.

Bapa beliau Imam masjid dan penyokong Harakah. Kami baru mendapat berita yang bapa beliau kini tidak mengakui beliau sebagai anak kandung. Kemana-mana pergi, bapa beliau akan mengatakan yang Sukairi Shahri adalah anak angkat beliau.Ia sebagai simbol betapa terbukanya orang Harakah menerima pembelot.

Sukairi Shahri memegang rekod sebagai satu-satunya ahli Studio Rajawali yang lukisannya dipulangkan setelah dibeli. Walau pun ia kerana sebab-sebab teknikal dan membawa malu yang teramat besar kepada studio kami,demi polisi semasa memulakan studio ini,iaitu,menerima siapa sahaja,berdosa atau tidak,huduh atau kacak,kami telan juga keaiban itu.

Terbaru,lukisan beliau dibeli oleh DYMM Sultan Ahmad Shah,Sultan Pahang.

Salah satu ciri penting kaum yang dilahirkan di daerah Pekan,Pahang adalah Melayu. Dan Melayu Pekan biasanya bermusuh dengan alam.Mungkin ada sejarah yang tidak kami ketahui mengenai permusuhan itu.

Sebagai contoh,jika kamu berjanjitemu dengan mana-mana orang Pekan,walau sudah tepat masa yang dijanjikan dan orang Pekan itu juga sudah bersiap sedia untuk memenuhi janjitemu itu, alam akan segera menjadi marah. Hujan,kilat dan halilintar akan bermaharajalela,bumi akan terbelah,banyak manusia akan menderita kehilangan dan ini akan secara tidak langsung akan mengendalakan janjitemu kamu dengan mana-mana orang Pekan. Dan ciri ini sangat tebal pada diri Sukairi Shahri.

Pernah sekali saya berselisih semasa memandu dengan beliau lalu beliau memberikan isyarat mengajak minum di restoran yang hanya satu minit jarak dari tempat kami berselisih.

Saya bersetuju dan segera ke tempat yang dijanjikan. Tiga jam saya menunggu namun dia tidak kunjung tiba. Lama kemudian datang pegawai polis mengatakan yang beliau dipanah petir.

Jadi,nanti jika kamu mahu berurusan dengan kami dan Sukairi Shahri adalah pegawai yang bertugas,bersedia-lah untuk memaafkan beliau.

Berkat kerja keras,hari ini beliau dilantik sebagai pengurus dan kami seluruh anggota Kumpulan Rajawali mengucapkan syabbas kepada beliau.

Sebarang pertanyaan mengenai kegiatan Studio Rajawali boleh-lah diajukan kepada beliau. Berikut adalah nombor talipon dan juga emel beliau;

tel -014 8484 010
emel -agoradigit@gmail.com

Sekali lagi kami di Studio Rajawali mengucapkan tahniah kepada Sukairi Shahri diatas perlantikan ini. Semoga studio kami akan lebih maju dibawah pengurusan beliau.

Wednesday, October 6, 2010

sekitar kerja-kerja pengantungan karya di Mampan Jitu (M) Sdn Bhd

Dibawah adalah gambar-gambar sekitar pemasangan karya yang diperolehi oleh Syarikat Mampan Jitu (M) Sdn.Bhd dari studio kami.

Terima kasih kepada pengarah urusan syarikat bekenaan En.Zainuddin Othman atas sokongan.

Untuk pengetahuan semua, sebarang pembelian hasil seni diberi pelepasan cukai oleh kerajaan.







#semua foto oleh abu yusof

Monday, October 4, 2010

kasih dan sayang

artist : abdullahjones
title : ying and yang
size : 3'x4'
media : acrylic and charcoal on canvas
year : 2010

satu lagi dari abu yusof





artist: abu yusof
title: siri benda #2(biar jadi lembu jangan jadi benda)
size: 3.5' x 4'
media: acrylic on canvas

DI SITU-RADZUAN/post pameran

Alhamdulillah,segala puji kepada Allah yang telah menjayakan pameran solo kali kedua di studio kami.

Pameran kali ini merjaya mengumpul lebih ramai pengemar dari pameran pertama kami dahulu.

Waalau pun ada rungutan yang mengatakan pameran ini hanya satu pesta makan bersama kawan-kawan,kami bersyukur kerana selain sama memeriahkan kegiatan seni lukis disini,artis terbabit sekurang-kurang boleh menambah baris didalam profilnya.

Keuntungan bukan datang segera,kata ustad yang datang. Kerja hari ini,gaji akan dikecap kemudian,tambah ustad tadi berfalsafah.Pelukis DiRaju Pahang, Sukairi Shahri angguk macam faham.

Terima kasih kepada yang terlibat terutama kepada semua anggota Rajawali yang bertungkus lumus menyediakan tempat,makanan dan peralatan.

Pelukis Ajis dan Abdullah-buta seni-hamdan mendahului senarai atas usaha mereka membersihkan studio kami yang biasanya semak dan berbau.

Abu Yusof pula bertindak sebagai pengumpul dana dan menyumbangkan nasi impit manakala Engku kamalul aka Amir pula bertanggungjawab menguruskan makanan.Engku Kamalul juga tanpa sengaja menaikkan nama anggota Rajawali kerana beliau hensem.

Pelukis Amin Daud bertanggungjawab membina rak kasut dan almari minyak hitam.

dR.Ali sebagai GRO yang melayan tetamu dan juga yang menghubungi semua pihak media.

Pelukis yang berpameran,Radzuan pula selain menyediakan lukisan turut menyediakan laksa Pahang yang lazat itu dan membayar harga kanopi yang disewa.

Indahku Studio diwakili oleh Big aka Rejim Monggol juga menyediakan nasi impit manakala isteri beliau, Puan Zuana Zainun pula menyediakan kueh tart nenas-nya yang terkenal itu. Kueh tart nenas itu juga satu-satunya kueh raya untuk hari itu.Pastikan meja kamu ada tart nenas beliau di hari raya-hari raya akan datang.

Pak Osman Limat pula menyediakan kueh lepat pisang yang lazat setelah memungkirijanji untuk menyediakan kueh bakarnya yang terkenal itu.

Pelukis DiRaju Pahang,Sukairi Shahri yang juga kawan paling rapat pelukis yang berpameran tidak melakukan apa-apa tugas setelah menyiapkan poster pameran. Dia sibuk dengan anak pertamanya yang ketiga dan juga sibuk buat pedo'oh.

Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada MAMPAN JITU(MALAYSIA) SDN BHD terutama kepada Pengarah Urusannya En. Zainuddin Othman yang telah dua kali memberikan sumbangan untuk kami berpameran.

Kepada tetamu yang hadir,kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian tuan-puan ke studio kami. Diharap tuan-puan akan sentiasa memberikan sokongan-sokongan kepada acara-acara yang bakal kami adakan.

Dengan rendah hati kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Pameran ini akan berlangsung sehingga akhir oktober 2010. Jika kamu belum datang,masih ada kesempatan untuk melawat pameran ini.

Berikut adalah jadual acara yang sedang dirancang;

1- november 2010-pameran dan jualan seni-lukis berharga dibawah rm500
2- disember 2010-pameran solo oleh pelukis Munis Mohd Nor
3- januari 2011-pameran fotografi oleh kumpulan LUARBIASA dan rakan-rakan
4- febuari 2011-pameran gerup Rajawali.

Hubungi kami jika berminat berpameran disini.

Dibawah ini sedikit gambar sekitar pameran tersebut.


Saturday, October 2, 2010

jangan dengki: workshop baru kami

Tiada seorang pun anggota studio kami anak peneroka (FELDA),maka kami tidak pernah merasa di short-change dalam harga kelapa sawit,bahkan kami tidak... ehhhhh! silap blog.

Kita mula balik.

Tiada seorang pun anggota studio kami anak peneroka (FELDA),tetapi itu tidak menghalang kami dari meneroka tanah milik JBA (secara haram) untuk di jadikan bengkel berkerja kerana studio kami kini sudah amat sesak.

Doakan kami berjaya membina bengkel ini dan doakan juga kami tidak dihalau oleh pihak JBA yang teramat baik hati itu.














ps:

-pelukis Munif Mohd.Nor secara resminya menjadi anggota studio kami selepas menunjukan bakat yang cemerlang dalam ilmu menghidupkan api.

-dR.Ali tidak melibatkan diri dalam apa juga kerja-kerja penerokaan ini.beliau sedang sibuk mengedit gambar dan kami telah mula tidak suka dengan beliau.

Wednesday, September 29, 2010

nadia bethrand di rajawali.

Nadia, seorang pelukis dari Kanada yang sedang kembara keliling dunia telah beberapa kali singgah di studio kami.

Kali ini beliau memulakan sebuah karya yang mana hasilnya akan dipamerkan pada 23/10/10 di Balai Seni Lesu Pahang.

Kami akan mengumumkan tentang pameran tersebut dalam masa terdekat ini.






Monday, September 27, 2010

kerja-kerja peng-kurator-an pameran Radzuan

Kerja-kerja kertas sedang giat dijalankan untuk pameran DI SITU oleh pelukis Radzuan yang akan berlangsung hujung minggu ini iaitu pada 03.10.10. Majlis akan bermula pada jam 2.30 petang.

Encik Iffamuddin dari Kolej IKIP disini bertindak sebagai kurator manakala PELUKIS DIRAJU NEGERI PAHANG,Sukairi Shahri pula bertindak sebagai pereka grafik (dan merekagrafik dalam keadaan marah-marah bagi membuktikan betapa tidak ikhlasnya beliau berkerja bila tidak di bayar).

Kami sekali lagi menjemput semua untuk hadir kemajlis ini.



Sunday, September 26, 2010

sekitar pameran WARNA MENJUNJUNG KASEH.Uni.MALAYSIA PAHANG

Pameran ini adalah sempena meraikan hari keputeraan KDYMM Sultan Pahang. Pameran dianjurkan oleh Persatuan bekas-bekas wakil rakyat Pahang (MUBARAK).

Pameran diuruskan oleh Persatuan Seni Lukis Dan Seni Reka Melayu Pahang (SENIKA). Studio Rajawali bertindak sebagai penganjur bersama.

Ini adalah pameran lukisan yang paling singkat yang pernah kami sertai. Pameran yang bermula dari jam 10pagi tamat sekitar 2petang dengan hasil jualan yang amat memberangsangkan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Berikut sedikit gambar pameran berkenaan. Maaf kerana tidak banyak gambar yang dapat kami paparkan disini kerana kami perlu ke Melaka sekitar jam 11.30pagi dihari yang sama.
roslan khalid bersama karyanya
Osman Limat menunjukkan bakatnya.
Encik Mat Nor bersama karyanya.
Engku Kamalul dan Ajis membuat demontrasi karikatur.




Jangan lupa hujung minggu ini,03-10-10 jam 2 petang,majlis pembukaan pameran RADZUAN dan juga majlis hari raya studio kami.

Kami menggalakan tetamu untuk menunjukan bakat mereka dalam hal pembuatan kuih-muih.Jadi sila bawa HASIL KARYA tuan-puan untuk dinilai besama.