Sunday, December 12, 2010

artis

Begitu-lah kami di Rajawali. Ada yang sanggup lakukan apa sahaja demi kemajuannya. Yang letih akan tidur dimana-pun dan tidak mengeluh.

Namun,sebagai manusia,kami menjadi ralat apabila ada yang mengharapkan lebih. Kami bukan pemberi rekezi dan ini jarang difahami oleh banyak yang datang dan pergi ke dan dari Rajawali.
Ramai pelukis tidak faham yang kami melukis hanya kerana kami memang gemar melukis dan jika ada manusia diluar sana yang suka dan mahu membayar harga untuk gambar kami,maka akan bertambah sedikit lagi kegembiraan kami dalam melukis.

Apa-kah yang boleh dilakukan oleh sebuah kumpulan yang bergerak kerana cinta selain berkarya dan berkarya? Mengharapkan kami menyediakan ruang kemudian memaksa kami mencari pasaran adalah sesuatu yang amat menyedihkan kami.

Semua orang pun bertanggungjawab atas diri sendiri dan kerja rezeki itu bukan urusan kami.Marah apabila karya tidak diambil orang adalah musykil .

Keluar dari keluhan sebentar;

Baru-baru ini kami dilawati oleh pelukis tersohor,saudara Isarezal Ismail dan isteri. Walaupun kami dengan acuh-tak acuh melayan beliau dan isteri dan Acai hanya memasak tomyam udang besar yang tawar sebagai menjamu tamu besar ini,kami sebenarnya merasa sangat dihormati dengan kehadiran pasangan romantis ini.
Terima kasih Isarezal. jangan serik untuk datang lagi. Dan kami berjanji untuk membeli udang yang lebih besar jika kamu sudi untuk menjadi tamu kami lagi. Kali ini kami akan goreng udang besar berkenaan dengan kunyit serta kacang panjang yang dipotong pendek.Dan jika kamu suka,kami akan masak nasi basmati gred nombor satu. Buah manga India masak ranum diperah dengan tangan pula akan dijadikan minuman. Datang-lah lagi Isarezal.
Balik mengeluh;

Kami menerima siapa sahaja yang mahu berkerjasama dan yang pentingnya,datang-lah kepada kami dengan cinta. Bukan kerana kamu merasakan yang kami akan membantu kamu mengumpul dana tabungan untuk mahligai impian kamu.

Jangan cari kesilapan kami,pandang baik kami dan bantu kami membina empayar cinta kepada apa sahaja yang Tuhan juga suka.

Untuk rekod,ingin kami nyatakan disini yang kami tidak mengambil apa-apa keuntungan dari pameran yang kami adakan kecuali 15% dari hasil jualan pameran ART UNDER 500 kerana ianya diadakan diluar studio kami dan 5% untuk pameran OUTDOOR.
Kami cuma satu kumpulan kecil yang tidak ingin menjadi saingan kepada sesiapa. Terus terang kami katakan,jika kamu mahu uang,jangan anggotai kami kerana kamu akan kecewa besar. Datang kerana kamu mahu melukis dan kamu akan dapati kami adalah kumpulan yang paling gembira didunia ini .Lalu kegembiraan itu akan menjadi sebahagian milik kamu.

pasca OUTDOOR

Pembukaan pameran solo OUTDOOR oleh pelukis MUNIF MUHAMMAD NOR telah dengan jayanya berlaku pada 11/12/10 baru-baru ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan.

Dibawah adalah beberapa keping gambar dari peristiwa tersebut. Semuga Munif beroleh kejayaan yang lebih cemerlang.

Pameran ini akan berlanjutan sehingga 05/12/11. Kepada yang belum sempat hadir,sila luangkan masa untuk menikmati satu persembahan seni lukis yang pada kami adalah amat menakjubkan.





Saturday, December 11, 2010

canadian maid





Ketika orang sibuk-sibuk memikirkan samada mahu mengambil pengurus rumah dari indonesia atau filipina atau kemboja,kami di rajawali sudah 'one-up'.

Kami kini mengunakan pengurus rumah dari Kanada.

Biasa-lah,kami memang terrer.

Tuesday, November 30, 2010

Sunday, November 28, 2010

outdoor

Semua dijemput hadir ke majlis pembukaan pameran OUTDOOR oleh MUNIF MOHD NOR.

Saturday, November 27, 2010

rajawali di Pahang FM






Hari ini kami diwawancara oleh stesyen radio Pahang FM. DJ yang bertugas adalah DJ Kazilah. Kami dibawa kestudio atas usaha en.Karim dari Majlis Belia Pahang.

Terima kasih kepada yang terlibat.

Friday, November 26, 2010

tutup untuk ubahsuai.kesulitan dikesali





Studio kami ini dalam proses pengubahsuaian. kami mohon maaf atas kesulitan. Kami akan mula beroperasi seperti biasa dalam waktu terdekat.

Saturday, November 20, 2010

diari pelawat

Seminggu sebelum berlangsungnya pameran Art Under 500,pelukis Fai Zakaria dan rakannya yang kami lupa nama telah datang menghantar karyanya untuk turut serta dalam pameran yang masih berlangsung di Muzium Seni Pahang sehingga 06/12/10 .

Terima kasih kepada Fai Zakaria dan rakan.
Semalam,kami dilawati pula oleh Borhan Irwan yang singgah kepameran Art Under 500 dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Beliau kemudiannya dengan sudi telah datang pula ke studio kami bersama anaknya yang comel serta isteri.

Terima kasih kami ucapkan kepada beliau sekeluarga dan juga rakan kami Cikgu Nasa dan isteri yang menunjuk jalan ke studio kami.

ps; banyak lagi gambar-gambar tamu yang belum kami letakkan disini,insya allah,akan kami lakukan bila kelapangan.

Wednesday, November 17, 2010

Thursday, November 11, 2010

tamu bertamu

Beberapa hari lalu,kami dilawati oleh founder esastera.com dan keluarga. Drirwan dan isterinya,Puan Hasimah serta keluarga telah sudi untuk datang untuk meraikan majlis pembukaan Art Under 500 dan keesokkan harinya datang pula melawat studio kami. Gambar-gambar dibawah sana adalah gambar Drirwan dan keluarga distudio kami.

Terima kasih diucapkan kepada mereka sekeluarga.

Kemudian dari itu,Kamal Sujak dari Uni.Multimedia di Cyberjaya serta Muhammad dari Uni.Petronas,Tronoh pula datang melawat kami. Kamal Sujak adalah pengumpul siri 'kerbau ismail' karya abdullahjones.

Terima kasih kami kepada mereka berdua yang sudi datang dari jauh.









art talk: perkembangan seni lukis pahang. art under 500.muzium seni pahang.ismadi sallehuddin

Bersempena dengan pameran ART UNDER 500 anjuran studio kami dan Muzium Seni Pahang dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Pahang,kami telah menganjurkan satu sesi cakap-cakap seni yang diberi judul Perkembangan Seni Lukis Di Negeri Pahang yang disampaikan oleh pelukis terkenal,Mohammad Ismadi Sallehuddin.

Terima kasih kami kepada Mohammad Ismadi Sallehuddin yang sudi melapangkan masa bercakap-cakap dan melakukannya tanpa sebarang bayaran. Tuhan saja-lah yang akan membayar jasa baiknya.

Terima kasih juga kepada para peserta yang sebahagian besarnya datang dari Sekolah Menengah Sri Mahkota,Kuantan dengan Cikgu Radzuan sebagai guru iringan.

Dibawah ini adalah sebahagian gambar-gambar acara tersebut.
Untuk gambar yang lebih banyak,sila gabung dengan kami di facebook rajawali art group.




Monday, November 8, 2010

pasca peresmian ART UNDER 500

Kami dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam acara pameran seni lukis ART UNDER 500.

Terima kasih tidak terhingga kami kepada YB Dato Shafik Fauzan yang meresmikan acara tersebut. YB Dato Shafik Fauzan banyak menyokong acara-acara yang dianjurkan oleh Studio Rajawali bermula dengan acara pembukaan ruang pameran kami di Temerloh,Pahang tempoh hari dan juga pameran solo oleh Abu Yusof yang dibuat di studio kami.

Beliau juga yang mencadangkan pameran ART UNDER 500 ini diadakah di MUZIUM SENI PAHANG setelah kami menjemput beliau untuk meresmikan pameran tersebut di studio kami.

Terima kasih YB Shafik Fauzan atas peluang yang diberikan.

Terima kasih kami juga kepada pihak MUZIUM SENI Pahang,khasnya kepada Pengarahnya,Encik Farid yang sudi mengizinkan acara ini berlangsung dengan jayanya. Kepada Pengurus Muzium Seni Pahang,Encik Hilmi,Puan Hayati,Cik Su dan semua kakitangan yang terlibat,kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang sangat menakjubkan.

Terima kasih juga kepada pakcik-pakcik jaga yang bertugas. Maaf,dalam kesibukkan,kami lupa bertanya nama mereka.

Kepada Encik Sukarno,Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Pahang,kami merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian menaja jamuan dan persembahan Pyanhabib,Meor dan Kumpulan Keladak. Tanpa bantuan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang,maka tidak-lah kami mampu untuk membawa persembahan yang hebat ini ke Kuantan,bandar seribu ke'embong ini.

Dipihak Rajawali pula,kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dan tentunya semua akan setuju yang penghormatan yang paling tinggi adalah dikhaskan kepada Abdullah-buta seni-Hamdan,manusia separa jin peliharaan studio kami.

Beliau yang ditugaskan untuk menggantung semua karya telah dengan jayanya tidak tidur selama dua malam untuk melakukan kerja-kerja yang diamanahkan.

Dengan bantuan yang teramat sedikit dari Engku Amir,Ajis,Abu Yusof,Nur Najihah Lee,Raduan Mat Diah dR.Ali dan Amin Daud yang memberi sokongan moral dari studio,Abdullah Hamdan berjaya mempamerkan karya-karya yang kami kira terlampau banyak itu dengan hebatnya.

Kami mengira semua pelukis yang terlibat dalam pameran ini gembira dengan hasil kerja beliau.

Teka-teki samada beliau "memelihara" terbukti benar kerana ada ketikanya apabila beliau meninggal kerja yang separuh siap untuk ketandas atau untuk makan minum,karya-karya yang baring dilantai akan melekap didinding sekembalinya beliau kedewan pameran.

Kami kini perlu lebih berhati-hati apabila berbicara dengan beliau.

Kepada pelukis-pelukis yang terlibat dalam pameran,kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian tuan-tuan dan puan-puan menghantar karya untuk pameran ini. Untuk makluman,walaupun kami telah menggumumkan yang tarikh akhir penyertaan adalah pada 01/10/10,kami masih menerima karya sehingga ke saat akhir pameran. Malah,pagi sebelum majlis peresmian,kami masih menerima banyak karya. Demi untuk berlaku adil kepada semua pihak,kami cuba memasukkan seberapa banyak karya yang boleh kedalam pameran. Kami menerima lebih 300 buah karya pelbagai genre dam saiz.

Ada yang bertanya mengapa kami mengadakan pameran ini. Jawabnya adalah kerana setelah 3 tahun beroperasi di bandar seribu ke'embong ini,kami dapati ramai yang berminat untuk memiliki karya-karya tempatan namun apabila diberitahu harganya,terlalu ramai yang jatuh pengsan,kena serangan jantung,sawan dan kadang-kadang ada yang ditimpa malaria.

SERIBU! jerit mereka apabila diberitahu harga satu-satu karya yang berharga demikian. Seribu ringgit adalah terlalu mahal bagi orang Kuantan untuk dibayar demi untuk memiliki karya asal pelukis tempatan. Mereka lebih rela membeli rim kereta dan kepak kereta,set kerusi dan langsir tingkap. Bahkan ada yang sanggup membayar lebih dari seribu ringgit untuk set gambar perkahwinan mereka! Sungguh pariah.

kerana sebab itu-lah,kami mengadakan pameran seni lukis dibawah harga rm500 dan kami dapati sambutannya amat menggalakkan.

kami berikrar untuk mengadakan acara ini (seni dibawah rm500) sekurang-kurang dua kali dalam setahun. Kami juga telah putuskan yang pameran seni dibawah rm500 ini akan diadakan lagi pada Jun 2011.

Terima kasih kami juga kepada Pyanhabib,Meor dan Kumpulan Keladak yang sudi datang dari jauh untuk menghiburkan jemputan.

Terima kasih juga kepada kurator pameran ini ia itu saudara Ismadi Sallehuddin yang juga bertindak sebagai pengiring YB Dato Shafik Fauzan sepanjang pogram. Kerjasama beliau amat-amat kami hargai.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Sokongan tuan-tuan memberi semangat kepada kami.

Pameran ini akan berlangsung sehingga 06/12/10 dengan pelukis Osman Limat akan membuat demontrasi melukis setiap hari di tapak pameran. Semua dijemput hadir.


Abdullahjones adalah bos,maka dia tidak perlu melakukan apa-apa.













Pengurus kami yang tidak lagi akan diberikan apa-apa publisiti (atas sebab-sebab kesihatan) menjalankan tugasnya dengan skala o.k.Kami juga mengamanahkan wang jualan pameran ini kepada beliau dengan harapan beliau akan mengelapkan wang tersebut dan akan dimasukan ke neraka di hari akhirat kelak lalu diseksa abadan-abada.