Friday, May 1, 2009

tafsiran elemen seni dari perspektif aku

acai hamdan

garisan:

diberitahu, garisan adalah kesan pergerakkan dari satu titik ke satu titik. terbahagi kepada 2 iaitu nyata dan tak nyata.

sekiranya, garisan adalah elemen pertama dalam seni. maka, tidak salah kalau aku perkatakan bahawa pergerakan (movement) adalah prinsip pertama dalam seni kerana apabila menzahirkan garisan ia adalah setelah kesan pegerakkan (movement) berlaku.

diberitahu lagi, garisan nyata itu dapat dilihat dengan mata. contohnya seperti double line di tengah jalan, ataupun seperti garisan-garisan biru dalam buku nota masa sekolah dulu, ataupun garisan yang kau lorek-lorekkan dengan mata pensel. Dan garisan nyata ini kau boleh lihat sama ada ia tegas atau tidak tegas... samar2 atau terang.. ataupun statik.. ataupun ada kualiti (quality of line)

garisan tidak nyata pula, wujud dalam keadaan yang tidak dapat dilihat dengan mata (kata mudah, seperti angin. dapat rasa tapi tidak dapat dilihat). yang tidak nyata ini seperti orbit planet dan renungan mata secara lansung...

untuk bacaan lanjut,sila ke www.kitatamu.blogspot.com