Monday, November 8, 2010

pasca peresmian ART UNDER 500

Kami dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam acara pameran seni lukis ART UNDER 500.

Terima kasih tidak terhingga kami kepada YB Dato Shafik Fauzan yang meresmikan acara tersebut. YB Dato Shafik Fauzan banyak menyokong acara-acara yang dianjurkan oleh Studio Rajawali bermula dengan acara pembukaan ruang pameran kami di Temerloh,Pahang tempoh hari dan juga pameran solo oleh Abu Yusof yang dibuat di studio kami.

Beliau juga yang mencadangkan pameran ART UNDER 500 ini diadakah di MUZIUM SENI PAHANG setelah kami menjemput beliau untuk meresmikan pameran tersebut di studio kami.

Terima kasih YB Shafik Fauzan atas peluang yang diberikan.

Terima kasih kami juga kepada pihak MUZIUM SENI Pahang,khasnya kepada Pengarahnya,Encik Farid yang sudi mengizinkan acara ini berlangsung dengan jayanya. Kepada Pengurus Muzium Seni Pahang,Encik Hilmi,Puan Hayati,Cik Su dan semua kakitangan yang terlibat,kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang sangat menakjubkan.

Terima kasih juga kepada pakcik-pakcik jaga yang bertugas. Maaf,dalam kesibukkan,kami lupa bertanya nama mereka.

Kepada Encik Sukarno,Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Pahang,kami merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian menaja jamuan dan persembahan Pyanhabib,Meor dan Kumpulan Keladak. Tanpa bantuan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang,maka tidak-lah kami mampu untuk membawa persembahan yang hebat ini ke Kuantan,bandar seribu ke'embong ini.

Dipihak Rajawali pula,kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dan tentunya semua akan setuju yang penghormatan yang paling tinggi adalah dikhaskan kepada Abdullah-buta seni-Hamdan,manusia separa jin peliharaan studio kami.

Beliau yang ditugaskan untuk menggantung semua karya telah dengan jayanya tidak tidur selama dua malam untuk melakukan kerja-kerja yang diamanahkan.

Dengan bantuan yang teramat sedikit dari Engku Amir,Ajis,Abu Yusof,Nur Najihah Lee,Raduan Mat Diah dR.Ali dan Amin Daud yang memberi sokongan moral dari studio,Abdullah Hamdan berjaya mempamerkan karya-karya yang kami kira terlampau banyak itu dengan hebatnya.

Kami mengira semua pelukis yang terlibat dalam pameran ini gembira dengan hasil kerja beliau.

Teka-teki samada beliau "memelihara" terbukti benar kerana ada ketikanya apabila beliau meninggal kerja yang separuh siap untuk ketandas atau untuk makan minum,karya-karya yang baring dilantai akan melekap didinding sekembalinya beliau kedewan pameran.

Kami kini perlu lebih berhati-hati apabila berbicara dengan beliau.

Kepada pelukis-pelukis yang terlibat dalam pameran,kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian tuan-tuan dan puan-puan menghantar karya untuk pameran ini. Untuk makluman,walaupun kami telah menggumumkan yang tarikh akhir penyertaan adalah pada 01/10/10,kami masih menerima karya sehingga ke saat akhir pameran. Malah,pagi sebelum majlis peresmian,kami masih menerima banyak karya. Demi untuk berlaku adil kepada semua pihak,kami cuba memasukkan seberapa banyak karya yang boleh kedalam pameran. Kami menerima lebih 300 buah karya pelbagai genre dam saiz.

Ada yang bertanya mengapa kami mengadakan pameran ini. Jawabnya adalah kerana setelah 3 tahun beroperasi di bandar seribu ke'embong ini,kami dapati ramai yang berminat untuk memiliki karya-karya tempatan namun apabila diberitahu harganya,terlalu ramai yang jatuh pengsan,kena serangan jantung,sawan dan kadang-kadang ada yang ditimpa malaria.

SERIBU! jerit mereka apabila diberitahu harga satu-satu karya yang berharga demikian. Seribu ringgit adalah terlalu mahal bagi orang Kuantan untuk dibayar demi untuk memiliki karya asal pelukis tempatan. Mereka lebih rela membeli rim kereta dan kepak kereta,set kerusi dan langsir tingkap. Bahkan ada yang sanggup membayar lebih dari seribu ringgit untuk set gambar perkahwinan mereka! Sungguh pariah.

kerana sebab itu-lah,kami mengadakan pameran seni lukis dibawah harga rm500 dan kami dapati sambutannya amat menggalakkan.

kami berikrar untuk mengadakan acara ini (seni dibawah rm500) sekurang-kurang dua kali dalam setahun. Kami juga telah putuskan yang pameran seni dibawah rm500 ini akan diadakan lagi pada Jun 2011.

Terima kasih kami juga kepada Pyanhabib,Meor dan Kumpulan Keladak yang sudi datang dari jauh untuk menghiburkan jemputan.

Terima kasih juga kepada kurator pameran ini ia itu saudara Ismadi Sallehuddin yang juga bertindak sebagai pengiring YB Dato Shafik Fauzan sepanjang pogram. Kerjasama beliau amat-amat kami hargai.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Sokongan tuan-tuan memberi semangat kepada kami.

Pameran ini akan berlangsung sehingga 06/12/10 dengan pelukis Osman Limat akan membuat demontrasi melukis setiap hari di tapak pameran. Semua dijemput hadir.


Abdullahjones adalah bos,maka dia tidak perlu melakukan apa-apa.













Pengurus kami yang tidak lagi akan diberikan apa-apa publisiti (atas sebab-sebab kesihatan) menjalankan tugasnya dengan skala o.k.Kami juga mengamanahkan wang jualan pameran ini kepada beliau dengan harapan beliau akan mengelapkan wang tersebut dan akan dimasukan ke neraka di hari akhirat kelak lalu diseksa abadan-abada.