Monday, November 30, 2009

think art

Artist : Abdullahjones
Title : 23september siri 1/gimme!gimme!gimme!
Size : 3'x4'
Medium : Acrylic On Canvas
Year : 2008

Artist : Abdullahjones
Title : 23september siri 2/road to putrajaya
Size : 3'x4'
Medium : Acrylic On Canvas
Year : 2008



Siri 23september 1 dan 2 ini dibuat setelah mendengar pengumuman dari sekumpulan ahli politik yang menjanjikan tarikh tersebut sebagai masa untuk mengambilalih pemerintahan negara.

Siri 1/gimme!gimme!gimme! adalah penyataan rasa loya betapa apa yang ada dalam fikiran politikus hanyalah tampuk pemerintahan.Di sini politikus digambarkan sebagai sebatang pokok meranting berwarna putih yang secara umumnya dikaitakan dengan hantu. Maka memberi hantu apa sahaja adalah gambaran kerja sia-sia.

Warna samar dipilih sebagai sinis kepada perlakuan sumbang yang didakwa dilakukan oleh ketua pasukan yang menjanjikan peralihan pemerintahan.

Dalam siri 2/road to putrajaya,pelukis mahu penonton bertanya manakah 'road' dalam karya ini dan sebagai jawapan,penonton akan melihat sendiri betapa dalam karya ini sebenarnya tiada sebarang jalan yang dilukis.

Pemilihan warna mono didalam kedua karya mewakili pemikiran para politikus yang hanya berfikiran sehala yakni menang apa juga kerusi yang dipertandingkan dalam apa juga pemilihan. Tidak selain itu-abdullahjones-

Artist : Abu Yusof
Title : siri kucing dan pepatong #3(dreaming of white dragonflies)
Size : 3.5'x3.5'
Medium : Acrylic on Canvas
Year : 2008


siri kucing dan pepatong #3(dreaming of white dragonflies):

perihal nasib 2 haiwan yang berbeza. kucing yang survive kerna
sifat penyayang manusia dan pepatong yang semakin pupus
disebabkan oleh sifat buruk manusia yang sama. sikucing tidak
tahu kenapa rakan sepermainannya telah semakin kurang
sekarang hingga terbawa2 kedalam mimpi. semoga mimpi
kucing itu menjadi kenyataan walaupun dia sudah lupa
warna sebenar pepatong dgn mengambarkan pepatong
itu berwarna putih -abu yusof-

from almere with lust

pak abdul rahim dan endau-rompin
pak abdul rahim tandatangan buku pelawat
pak abdul rahim dan abu yusof dan abi wafi


Hari ini, Pak Abdul Rahim Nahar dari Almere,Holland telah datang ke studio kami. Pak Abdul Rahim adalah bekas ahli Kumpulan Anak Alam,sebuah perkumpulan anak-anak seni yang giat. Diantara anggota kumpulan Anak Alam adalah pelukis Latif Mohideen,pelakon Fawziah Nawi dan penyair Pyanhabib.

Pak Abdul Rahim kini sedang bercuti selama 3 bulan disini. Beliau kini warganegara Belanda setelah lebih 40tahun menetap disana.

Terima kasih Pak Abdul Rahim.