Saturday, April 17, 2010

tetamu datang membawa berkat


Hari ini kami menerima ramai tetamu yang hebat-hebat. Jenuh Ajis membancuh teh.

Mula-mula kami dilawati oleh kartunis terkenal,Aza.Pelukis Majalah Gila-Gila ini datang untuk lebih ramah dengan kami dan kami amat suka.

Untuk pengetahuan semua,Kartunis Aza akan membuka sebuah kedai menjual cenderamata di bandar Jerantut bermula pada awal bulan Mei 2010. Jika tuan-tuan tinggal dikawasan sekitar Bandar Jerantut,Pahang,sila kekedai beliau.

Aza juga sedang membangunkan satu aplikasi komputer bagi tujuan mengkomersilkan karya-karya beliau. Tunggu pengumuman dari beliau dalam masa terdekat.

Kemudian dari itu, kami didatangi pula oleh pasangan pemilik Studio Tinta Kreatif,Wan dan Ude

Pasangan ini mengusahakan sebuah studio fotografi dan juga merupakan jurugambar majlis. Tidak kira samada majlis pernikahan,konvokesyen,naik pangkat atau apa sahaja.

Jika ditanya,kami dengan senang hati mengatakan yang hasil kerja pasangan ini adalah antara yang terbaik. Upah mereka,dan kamu tentu tidak akan menyesal.


Lewat petang, kami diziarahi pula oleh Normala Shamsuddin,bukannnnnn, bukan Perempuan Melayu Terakhir itu,tetapi seorang guru bahasa inggeris di Universiti Malaysia Pahang yang cool.

Normala yang juga dikenali sebagai patungcendana ini sudah dua kali menziarahi kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua tetamu yang datang hari ini. Kedatangan ini tentunya membawa banyak manafaat kepada kami. Terima kasih daun keladi. Datang-lah lagi!