Monday, January 10, 2011

agak kerdil rasanya untuk membicarakan atau mengulas tentang photografi. tambahan pula, saya sendiri tidak punya dslr seperti mereka yang bergelar jurufoto. namun, apabila menghayati setiap keping gambar dalam ruang pameran yang telah dan sedang berlansung di galeri rajawali. saya ingin juga menyampaikan sedikit sebanyak suara atau pandangan yang telah dirakam daripada segelintir sahabat.

ada yang berpendapat, gambar-gambar yang dipamerkan seperti agak kelihatan sunyi dan suram kerana tidak punya subjek atau objek manusia atau buatan muanusia. saya cuba menangkis, katakan pada mereka bahawa pameran ini adalah bertemakan alam. maka yang ingin disampaikan oleh jurufoto-jurufoto ini adalah alam semata-mata. dan mereka pula menjawab, alam yang luas ini perlu sinonim dengan manusia. alam dan manusia itu sekali, tidak diasingkan malah alam itu dijadikan untuk manusia.

ada juga yang berpendapat, gambar-gambar yang dipamerkan seperti teh o ais yang kurang manisnya, agak nipis dan kurang aisnya. hanya sekadar untuk diminum. dan saya pula membalas, adakalanya kurang manis dan nipis itu perlu untuk mengelakkan sakit.

ada yang pula yang berkata, ia sekadar paparan gambar yang sangat cantik tetapi ia kosong dan tidak mempunyai nilai-nilai estetika. saya tidak menjawab. letih melekatkan gambar-gambar itu di dinding belum lagi hilang. hanya diam dan berfikir.

apapun yang orang kata, tidak semuanya benar dan tidak semuanya salah. adakalanya juga, apa yang orang kata itu perlu diambil dan adakalanya perlu diketepikan. yang saya balas pada yang berkata-kata, bukan bermakna saya menolak tetapi cuba mengiakan apa yang telah sedia ada.

paparan gambar, mungkin bukan keasyikkan pada pandangan kita tetapi ia adalah saat yang mengagumkan bagi mereka yang merakamkan saat itu secara visual. mereka ketengahkan kepada kita bukan untuk mengulas tetapi untuk sama-sama merasakan, menghayati dan berkongsi pengalaman mereka dengan kita.

akan datang, mungkin pameran photo akan melonjak dan keras menvisualkan nilai dan tema yang berbeza. hanya tunggu dan lihat.

untuk mereka yang masih belum berkunjung ke pameran ini. kedatangan anda amat dialu-alukan.

fb : buta seni