Monday, October 4, 2010

kasih dan sayang

artist : abdullahjones
title : ying and yang
size : 3'x4'
media : acrylic and charcoal on canvas
year : 2010

satu lagi dari abu yusof





artist: abu yusof
title: siri benda #2(biar jadi lembu jangan jadi benda)
size: 3.5' x 4'
media: acrylic on canvas

DI SITU-RADZUAN/post pameran

Alhamdulillah,segala puji kepada Allah yang telah menjayakan pameran solo kali kedua di studio kami.

Pameran kali ini merjaya mengumpul lebih ramai pengemar dari pameran pertama kami dahulu.

Waalau pun ada rungutan yang mengatakan pameran ini hanya satu pesta makan bersama kawan-kawan,kami bersyukur kerana selain sama memeriahkan kegiatan seni lukis disini,artis terbabit sekurang-kurang boleh menambah baris didalam profilnya.

Keuntungan bukan datang segera,kata ustad yang datang. Kerja hari ini,gaji akan dikecap kemudian,tambah ustad tadi berfalsafah.Pelukis DiRaju Pahang, Sukairi Shahri angguk macam faham.

Terima kasih kepada yang terlibat terutama kepada semua anggota Rajawali yang bertungkus lumus menyediakan tempat,makanan dan peralatan.

Pelukis Ajis dan Abdullah-buta seni-hamdan mendahului senarai atas usaha mereka membersihkan studio kami yang biasanya semak dan berbau.

Abu Yusof pula bertindak sebagai pengumpul dana dan menyumbangkan nasi impit manakala Engku kamalul aka Amir pula bertanggungjawab menguruskan makanan.Engku Kamalul juga tanpa sengaja menaikkan nama anggota Rajawali kerana beliau hensem.

Pelukis Amin Daud bertanggungjawab membina rak kasut dan almari minyak hitam.

dR.Ali sebagai GRO yang melayan tetamu dan juga yang menghubungi semua pihak media.

Pelukis yang berpameran,Radzuan pula selain menyediakan lukisan turut menyediakan laksa Pahang yang lazat itu dan membayar harga kanopi yang disewa.

Indahku Studio diwakili oleh Big aka Rejim Monggol juga menyediakan nasi impit manakala isteri beliau, Puan Zuana Zainun pula menyediakan kueh tart nenas-nya yang terkenal itu. Kueh tart nenas itu juga satu-satunya kueh raya untuk hari itu.Pastikan meja kamu ada tart nenas beliau di hari raya-hari raya akan datang.

Pak Osman Limat pula menyediakan kueh lepat pisang yang lazat setelah memungkirijanji untuk menyediakan kueh bakarnya yang terkenal itu.

Pelukis DiRaju Pahang,Sukairi Shahri yang juga kawan paling rapat pelukis yang berpameran tidak melakukan apa-apa tugas setelah menyiapkan poster pameran. Dia sibuk dengan anak pertamanya yang ketiga dan juga sibuk buat pedo'oh.

Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada MAMPAN JITU(MALAYSIA) SDN BHD terutama kepada Pengarah Urusannya En. Zainuddin Othman yang telah dua kali memberikan sumbangan untuk kami berpameran.

Kepada tetamu yang hadir,kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian tuan-puan ke studio kami. Diharap tuan-puan akan sentiasa memberikan sokongan-sokongan kepada acara-acara yang bakal kami adakan.

Dengan rendah hati kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Pameran ini akan berlangsung sehingga akhir oktober 2010. Jika kamu belum datang,masih ada kesempatan untuk melawat pameran ini.

Berikut adalah jadual acara yang sedang dirancang;

1- november 2010-pameran dan jualan seni-lukis berharga dibawah rm500
2- disember 2010-pameran solo oleh pelukis Munis Mohd Nor
3- januari 2011-pameran fotografi oleh kumpulan LUARBIASA dan rakan-rakan
4- febuari 2011-pameran gerup Rajawali.

Hubungi kami jika berminat berpameran disini.

Dibawah ini sedikit gambar sekitar pameran tersebut.