Tuesday, October 12, 2010

perlantikan baru studio rajawali

-dari abdullahjones.blogspot.com-





Izinkan kami memperkenalkan Sukairi Bin Shahri IC 740201 06 6019,pengurus baru studio kami bagi menggantikan Engku Amir.

Seperti kamu,Engku Amir juga akan mendapat tahu mengenai keterberhentian beliau melalui tulisan ini.Talifon beliau selalu rosak.

Anak kelahiran Pekan,Pahang ini kini bertugas sebagai pereka grafik untuk Kolej Shahputra,Kuantan.

Sebelum ini,beliau pernah bertugas dengan akhbar Harakah,namun setelah bertaubat,beliau meninggalkan akhbar berkenaan.Barisan partai politik yang memerintah Malaya patut memberi perhatian khas kepada beliau kerana kami yakin beliau banyak menyimpan rahsia pihak Harakah dan seperti yang kami semua tahu,beliau sangat tidak boleh menyimpan rahsia. Dibayar atau tidak.

Bapa beliau Imam masjid dan penyokong Harakah. Kami baru mendapat berita yang bapa beliau kini tidak mengakui beliau sebagai anak kandung. Kemana-mana pergi, bapa beliau akan mengatakan yang Sukairi Shahri adalah anak angkat beliau.Ia sebagai simbol betapa terbukanya orang Harakah menerima pembelot.

Sukairi Shahri memegang rekod sebagai satu-satunya ahli Studio Rajawali yang lukisannya dipulangkan setelah dibeli. Walau pun ia kerana sebab-sebab teknikal dan membawa malu yang teramat besar kepada studio kami,demi polisi semasa memulakan studio ini,iaitu,menerima siapa sahaja,berdosa atau tidak,huduh atau kacak,kami telan juga keaiban itu.

Terbaru,lukisan beliau dibeli oleh DYMM Sultan Ahmad Shah,Sultan Pahang.

Salah satu ciri penting kaum yang dilahirkan di daerah Pekan,Pahang adalah Melayu. Dan Melayu Pekan biasanya bermusuh dengan alam.Mungkin ada sejarah yang tidak kami ketahui mengenai permusuhan itu.

Sebagai contoh,jika kamu berjanjitemu dengan mana-mana orang Pekan,walau sudah tepat masa yang dijanjikan dan orang Pekan itu juga sudah bersiap sedia untuk memenuhi janjitemu itu, alam akan segera menjadi marah. Hujan,kilat dan halilintar akan bermaharajalela,bumi akan terbelah,banyak manusia akan menderita kehilangan dan ini akan secara tidak langsung akan mengendalakan janjitemu kamu dengan mana-mana orang Pekan. Dan ciri ini sangat tebal pada diri Sukairi Shahri.

Pernah sekali saya berselisih semasa memandu dengan beliau lalu beliau memberikan isyarat mengajak minum di restoran yang hanya satu minit jarak dari tempat kami berselisih.

Saya bersetuju dan segera ke tempat yang dijanjikan. Tiga jam saya menunggu namun dia tidak kunjung tiba. Lama kemudian datang pegawai polis mengatakan yang beliau dipanah petir.

Jadi,nanti jika kamu mahu berurusan dengan kami dan Sukairi Shahri adalah pegawai yang bertugas,bersedia-lah untuk memaafkan beliau.

Berkat kerja keras,hari ini beliau dilantik sebagai pengurus dan kami seluruh anggota Kumpulan Rajawali mengucapkan syabbas kepada beliau.

Sebarang pertanyaan mengenai kegiatan Studio Rajawali boleh-lah diajukan kepada beliau. Berikut adalah nombor talipon dan juga emel beliau;

tel -014 8484 010
emel -agoradigit@gmail.com

Sekali lagi kami di Studio Rajawali mengucapkan tahniah kepada Sukairi Shahri diatas perlantikan ini. Semoga studio kami akan lebih maju dibawah pengurusan beliau.