Sunday, May 2, 2010

ifamuddin dan ujang



Encik Iffamudin,Kordinator Pogram UiTM dan Encik Ujang,pensyarah Jurusan Seni Halus, Kolej IKIP cawangan Kuantan telah datang meluangkan masa bersama kami.

Mereka banyak memberi sokongan dengan menghantar pelajar-pelajar mereka ke studio kami.

Terima kasih dan sila datang lagi.


ps: gambar oleh dR.ali.

Saturday, May 1, 2010

malaysian wannabe datang dengan Yah. i like!





Hari ini kami dilawati oleh a malaysian wannabe,seorang rakyat Singapura yang sangat ingin menjadi rakyat Malaysia,(sila semak akal fikiran kamu ) dan Yah seorang jurutera dari ABAS (syarikat yang jual air kepada SYABAS,kata dia). Malaysian wannabe adalah kawan lama AJ.

Dan mereka membawa dua bungkus rambutan (yang satu bungkus dihabiskan dengan lahapnya oleh dR. Ali tanpa sebarang perasaan malu. Didepan tetamu).

Terima kasih kepada brader Bert kerana sudi menjadi jurupandu dan jurubual.Terima kasih kepada malaysian wannabe dan Yah.

ps: semua gambar yang sopan oleh AJ. Yang tidak sopan oleh dR.Ali.

baca pengalaman mereka disini.

Saturday, April 24, 2010

pengkraf dan tukang kasut


President Persatuan Pengusaha Kraf Pahang atau PENGKRAF,Encik Wan Adnan datang bertamu bersama keluarga kestudio kami.

Duduk paling kanan bersama keluarga beliau adalah saudara Ikram,seorang 'tukang kasut'. Bukan sebarang kasut,tetapi kasut yang diukir dari kayu. Diatas adalah contoh kraf yang dihasilkan oleh beliau.

Terima kasih atas sokongan PENGKRAF dan juga keluarga Wan Adnan serta encik Ikram.

Saturday, April 17, 2010

tetamu datang membawa berkat


Hari ini kami menerima ramai tetamu yang hebat-hebat. Jenuh Ajis membancuh teh.

Mula-mula kami dilawati oleh kartunis terkenal,Aza.Pelukis Majalah Gila-Gila ini datang untuk lebih ramah dengan kami dan kami amat suka.

Untuk pengetahuan semua,Kartunis Aza akan membuka sebuah kedai menjual cenderamata di bandar Jerantut bermula pada awal bulan Mei 2010. Jika tuan-tuan tinggal dikawasan sekitar Bandar Jerantut,Pahang,sila kekedai beliau.

Aza juga sedang membangunkan satu aplikasi komputer bagi tujuan mengkomersilkan karya-karya beliau. Tunggu pengumuman dari beliau dalam masa terdekat.

Kemudian dari itu, kami didatangi pula oleh pasangan pemilik Studio Tinta Kreatif,Wan dan Ude

Pasangan ini mengusahakan sebuah studio fotografi dan juga merupakan jurugambar majlis. Tidak kira samada majlis pernikahan,konvokesyen,naik pangkat atau apa sahaja.

Jika ditanya,kami dengan senang hati mengatakan yang hasil kerja pasangan ini adalah antara yang terbaik. Upah mereka,dan kamu tentu tidak akan menyesal.


Lewat petang, kami diziarahi pula oleh Normala Shamsuddin,bukannnnnn, bukan Perempuan Melayu Terakhir itu,tetapi seorang guru bahasa inggeris di Universiti Malaysia Pahang yang cool.

Normala yang juga dikenali sebagai patungcendana ini sudah dua kali menziarahi kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua tetamu yang datang hari ini. Kedatangan ini tentunya membawa banyak manafaat kepada kami. Terima kasih daun keladi. Datang-lah lagi!

Thursday, April 15, 2010

monsoon gantung

artist : radzuan mat diah
title : monsoon/main dam
size : 3'x4'
medium : mixed media on canvas
year : 2010

artist : abdullahjones
title : gantung/self potraits
size : 4'x5'
medium : acrylic on canvas
year : 2010

artist : abdullahjones
title : gantung/between two lovers
size : 4'x5'
medium : acrylic on canvas
year : 2010

Tuesday, April 13, 2010

stephen datang lagi


Hari ini kami dilawati lagi oleh pelukis terkenal, Stephen Menon dan lebih istimewanya,kali ini beliau datang bersama keluarga.

Terima kasih.

Untuk pengetahuan semua,Stephen akan mengadakan pameran karya di Metro Fine Art Gallery bermula pada 24April 2010 ini. Semua dijemput hadir.

Sunday, April 11, 2010

NADiABeRTRAND DAn MOhD HAtTA










Minggu Lalu kami dilawati oleh dua artis terkenal. Satu, Nadia Bertrand dari Kanada dan dua, Mister Big Bossman, Mohd Hatta Ismail, tokoh pelukis tempatan. Walau pun Mohd Hatta sudah lama tidak melukis dan lebih menumpukan perhatian kepada rekaan luar dan dalam (kediaman),kami masih menghormati beliau sebagai pelukis (yang hebat).

Terima kasih kepada kedua pelukis ini kerana sudi meluangkan masa distudio kami. Kerja-kerja Nadia boleh dilihat disini dan kerja-kerja Mohd Hatta boleh dilihat disini.

Wednesday, March 31, 2010

apa kata mereka tentang (salah seorang) artis rajawali


However, all art is in a way subjective, and the one work that caught my eye is – Jerit (scream), by Abdullah Hamdan (number 116 on the website). This is a poignant digital artwork, for me saying all there needs to be said about the fight against AIDS, the pain and suffering this disease brings not only to the individual whose body has been invaded by the virus, but for those connected to that individual, friends and family. The top 30 artworks can still be seen online, at http://seniuntukaids.blogspot.com .

dipetik dari :http://correspondences-martin.blogspot.com/

Sunday, March 21, 2010

route à Paris

artist : abdullahjones
title : siri gantung/protecting mother
size : 3'x3'
medium : acrylic on canvas
year : 2010

artist : abdullahjones
title : siri gantung/father and me
size : 3.9'x4.9'
medium : acrylic on canvas
year : 2010

Wednesday, March 10, 2010

bridges

"beta suka lukisan ini" kata baginda Sultan Pahang takala melihat lukisan yang dipersembahkan kepada baginda sempena perasmian Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah,Kuala Krau,Temerloh,Pahang.

Semua Lukisan ini adalah karya Nazri Sood.



Sinar Harian 09/03/10
Jambatan Sultan Ahmad Shah Kuala Krau Temerloh

Jambatan Selancar Muadzam Shah

Thursday, March 4, 2010

pelajar kolej IKIP

Hari ini kami dilawati oleh zauyah,melah,semek dan syarifah rabiatul adawiyah dari KOLEJ IKIP untuk membuat tugas sekolah. Mereka bawa hamper.
Terima kasih dan sila datang lagi.


Tuesday, March 2, 2010

Sunday, February 28, 2010

endau-rompin art

artist : abdullahjones
title : endau-rompin #4
size : 4'x5'
medium : acrylic on canvas
year : 2010

joe with endau rompin #4

Thursday, February 25, 2010

bukan hujan

Kami sangka Kumpulan Hujan yang datang,rupanya pelajar-pejar IKIP datang untuk sempurnakan tugasan belajar.Terima kasih. Sila datang lagi.

munif dan ajis bergambar kenangan dengan bukan kumpulan HUJAN

munif sedang mengoreng (pisang)
ajis memotret mamat exist