Tuesday, June 2, 2009

dari kawan untuk kawan

kayu-kayan.kuala sungai jasin.endau-rompin
by:http://www.suteramalaya.blogspot.com/


Selepas seharian melakar/melukis spontan di EKSPEDISI LAKAR ENDAU ROMPIN. kami mengadakan pameran kecil. Tujuan pameran ialah untuk berkongsi dapatan dan penghayatan. Bertukar-tukar maklumat. Belajar dan mengajar. Banyak karya dipersembahkan. Pelbagai genre. Tapi mata saya melekat pada karya yang ini. Mudah, ringan, dan merakyat. Menghayati karya ini seolah deria dengar pun berfungsi. Bergaung, bergema, mengiang-ngiang, kadang-kadang terlalu sunyi. Entahlah, barangkali ada terlalu banyak sastera di dalamnya. Atau mungkin 'kayu kayan gondol itu bersaf-saf menunggu...menunggu apa ya?! menunggu giliran la....giliran apa ya?. 'Saf-saf' yang rapat itu menaikkan semangat. Lantas saya pun berjumpa pelukisnya Abdullah Jones menyatakan karyanya hebat. Boleh diperpanjangkan untuk pameran di JB. Dia senyum sahaja. Sebelum balik saya dihadiahkan oleh beliau karya tersebut. Jalinan kasar dakwat Cina atas kertas A4 itu saya terima dengan besar hati. Tanda persahabatan. Terima kasih Abdullah Jones. Karya asal tuan akan saya jaga dengan baik.

3 comments:

Junaidah said...

kalau sy kata karya itu mmg hebat dan sy asyik teringatkannya, tuan mahu berikan pd sy?

abdullahjones said...

jika kamu kata untuk yang ini,maka ia milik raduan.

Junaidah said...

Saya boleh kata yang lain ker utk jd milik saya? (^v^)