Thursday, September 16, 2010

hari yang happening di rajawali

Hari ini merupakan hari yang agak happening di studio kami. Walaupun masih cuti hari raya,mula-mula kami dilawati oleh pelukis dari Kelantan,saudara Sulaiman Dollah aka Manza Doll.

Kemudian kami membawa saudara Manza Doll ke Balai Seni Lesu Pahang untuk bertemu dengan pelukis Tuan Will. Dibawah ini adalah gambar hasil karya Tuan Will.

Tuan Will merupakan seorang pelukis yang sangat gigih dan tidak dapat untuk selalu melawat studio kami kerana tidak ada kenderaan. Studio kami memang terletak di hulu Sungai Kuantan.







Kemudian,kami dilawati pula oleh Azlan dan Wan dari Wangsa Maju,Kuala Lumpur. Tujuan mereka ke studio kami adalah untuk bertemu dengan dR.Ali bagi mengubahsuai kamera mereka dari kamera biasa kepada kamera infra merah (IR). Kasihan benar kami kepada mereka kerana termakan racun berbisa dR.Ali.

Untuk tahu apa itu gambar IR,sila ke http://www.flickr.com/photos/2121studio/

Untuk pengetahuan semua, kami di Studio rajawali juga menyediakan perkhidmatan mengubahsuai seperti yang dinyatakan. Jika ada diantara kamu yang berminat dan rela disabitkan dengan dR. Ali,sila hubungi beliau.

Oh! ya, kamu memang patut merasa hina kerana belum pernah sampai ke studio kami.

1 comment:

KairaMoosh said...

Memang patut terasa HINA sapa yang tak pernoh sampai itus!!! Saya dah sampai dahhh...tapi saya tak dapat pong duduk ataih kerus kayu panjang tuh..maybe next time kot...

Btw, dr.Ali janganlah racuns bebanyok sangat...tak elok taw untuk orang2 macam saya yang mempunya sebijik Conan yang dah rusak...**sedih nih**