Saturday, November 20, 2010

diari pelawat

Seminggu sebelum berlangsungnya pameran Art Under 500,pelukis Fai Zakaria dan rakannya yang kami lupa nama telah datang menghantar karyanya untuk turut serta dalam pameran yang masih berlangsung di Muzium Seni Pahang sehingga 06/12/10 .

Terima kasih kepada Fai Zakaria dan rakan.
Semalam,kami dilawati pula oleh Borhan Irwan yang singgah kepameran Art Under 500 dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Beliau kemudiannya dengan sudi telah datang pula ke studio kami bersama anaknya yang comel serta isteri.

Terima kasih kami ucapkan kepada beliau sekeluarga dan juga rakan kami Cikgu Nasa dan isteri yang menunjuk jalan ke studio kami.

ps; banyak lagi gambar-gambar tamu yang belum kami letakkan disini,insya allah,akan kami lakukan bila kelapangan.

4 comments:

Fai Zakaria said...

Terima kasih kembali dari saya & Sya. =)

Burhan said...

koleksi pertama keluarga kami. Tq abang AJ, Dr. Ali, Cikgu Najihah, Cikgu Nasa dan lain-lain.

. said...

terima kasih kembali burhan.selamat mengumpul!

Cahaya Kekasih said...

sis fai dah sampai rajawali!!! jeles ni =_=!