Sunday, December 12, 2010

artis

Begitu-lah kami di Rajawali. Ada yang sanggup lakukan apa sahaja demi kemajuannya. Yang letih akan tidur dimana-pun dan tidak mengeluh.

Namun,sebagai manusia,kami menjadi ralat apabila ada yang mengharapkan lebih. Kami bukan pemberi rekezi dan ini jarang difahami oleh banyak yang datang dan pergi ke dan dari Rajawali.
Ramai pelukis tidak faham yang kami melukis hanya kerana kami memang gemar melukis dan jika ada manusia diluar sana yang suka dan mahu membayar harga untuk gambar kami,maka akan bertambah sedikit lagi kegembiraan kami dalam melukis.

Apa-kah yang boleh dilakukan oleh sebuah kumpulan yang bergerak kerana cinta selain berkarya dan berkarya? Mengharapkan kami menyediakan ruang kemudian memaksa kami mencari pasaran adalah sesuatu yang amat menyedihkan kami.

Semua orang pun bertanggungjawab atas diri sendiri dan kerja rezeki itu bukan urusan kami.Marah apabila karya tidak diambil orang adalah musykil .

Keluar dari keluhan sebentar;

Baru-baru ini kami dilawati oleh pelukis tersohor,saudara Isarezal Ismail dan isteri. Walaupun kami dengan acuh-tak acuh melayan beliau dan isteri dan Acai hanya memasak tomyam udang besar yang tawar sebagai menjamu tamu besar ini,kami sebenarnya merasa sangat dihormati dengan kehadiran pasangan romantis ini.
Terima kasih Isarezal. jangan serik untuk datang lagi. Dan kami berjanji untuk membeli udang yang lebih besar jika kamu sudi untuk menjadi tamu kami lagi. Kali ini kami akan goreng udang besar berkenaan dengan kunyit serta kacang panjang yang dipotong pendek.Dan jika kamu suka,kami akan masak nasi basmati gred nombor satu. Buah manga India masak ranum diperah dengan tangan pula akan dijadikan minuman. Datang-lah lagi Isarezal.
Balik mengeluh;

Kami menerima siapa sahaja yang mahu berkerjasama dan yang pentingnya,datang-lah kepada kami dengan cinta. Bukan kerana kamu merasakan yang kami akan membantu kamu mengumpul dana tabungan untuk mahligai impian kamu.

Jangan cari kesilapan kami,pandang baik kami dan bantu kami membina empayar cinta kepada apa sahaja yang Tuhan juga suka.

Untuk rekod,ingin kami nyatakan disini yang kami tidak mengambil apa-apa keuntungan dari pameran yang kami adakan kecuali 15% dari hasil jualan pameran ART UNDER 500 kerana ianya diadakan diluar studio kami dan 5% untuk pameran OUTDOOR.
Kami cuma satu kumpulan kecil yang tidak ingin menjadi saingan kepada sesiapa. Terus terang kami katakan,jika kamu mahu uang,jangan anggotai kami kerana kamu akan kecewa besar. Datang kerana kamu mahu melukis dan kamu akan dapati kami adalah kumpulan yang paling gembira didunia ini .Lalu kegembiraan itu akan menjadi sebahagian milik kamu.

No comments: