Tuesday, December 14, 2010

rajawali kutip mat salleh tepi jalan lagi

Nabil Roland Bucher adalah pengembara sepenuh masa. Bermula dari usia 19 tahun telah meninggalkan switzerland dan merantau keseluruh dunia dan beliau telah menjelajah hampir setiap benua didunia kecuali Australia.

Beliau bukan pengembara biasa. Beliau tidak pergi ketempat tumpuan pelancong sebaliknya beliau mahu duduk bersama penduduk setempat bagi merasai duduk perkara sebenar.

kata beliau; orang bawah biasanya lebih simpati sesama mereka dari yang duduk diatas dan yang duduk diatas biasanya adalah sama tingkah-lakunya walau dibumi mana sekali pun mereka. Rasuah dan ketidakadilan adalah sama berlaku dimana-pun didunia ini.
abu yusuf bersama nabil roland bucher

Apa yang benar menyentuh beliau adalah apabila dipelawa makan bersama oleh mereka-mereka yang tidak punya lalu setelah menyertai berbagai kepercayaan,13tahun lalu beliau memeluk agama islam.

Beliau juga adalah pelukis yang paling tidak prokdutif.Melukis hanya bila dipaksa.

Hari ini beliau kembali ke Malaya setelah kali terakhir kemari adalah 20tahun lalu dan beliau kini berkampung di studio kami dan kami harap beliau akan lebih menghasilkan karya.

Beliau juga sedang mencari isteri.

Dibawah adalah karya pertama beliau distudio kami. Berani-kah kamu membayar rm150 untuknya?

title: lines waktu
size : 6"x6"
media: acrylic on canvas
year : 2010
price: rm150(SOLD)

2 comments:

Kaira Skoota said...

Wahwahwahhhh......very nice story. And a very nice painting....!! xx

ted adnan said...

RM150.00 sahaja? Ya! Saya sanggup beli (sebab yang lukisnya "Orang Putih")! Nantikan kehadiran saya untuk membawanya pulang ke Kajang :D :D :D