KHURAFATkah kita....
Pameran seterusnya di Rajawali akan menyaksikan 2 jiwa yang selalu dikaitkan dengan pemikiran yang cukup kontroversi.
Nama yang tidak asing lagi bagi peminat seni di Kuantan-Buta Seni dan seorang lagi kuntum di Rajawali iaitu Najihah Lee Abdullah. Kali ini mereka berpasangan untuk berpameran. Ternyata apa yang akan dikongsi merupakan pengalaman dan kartasis selama mereka berwacana…
Walaupun tidak sempat untuk saya menyusuri karya mereka seperti pameran rakan-rakan yang lain sebelum ini, namun saya sudah tahu akan apa yang akan ditrampilkan oleh kedua mereka ini.
Nama yang cukup sempurna, Abdullah Hamdan telah bertukar kepada Acai atau lebih simpati lagi “Buta seni” sudah tentu menampilkan karya lakaran warna abstraknya, manakala Najihah pula akan mempamerkan apa lagi selain dari bunga ros mekar yang dinyatakan dalam pelbagai warna dalam komposisi yang tetap sama ternyata warnanya masih mekar dan tidak basi2 lagi. Namun saya keliru dan janggal akan pilihan RUNTUN sebagai tema pada pameran mereka ini...seolah agak tidak selesa jika tidak memakai seluar dalam sebagaimana kebiasaannya....
Apapun temanya…Karya acai selalunya mempamerkan kesan dari olahan/ekspressi diri. apa yang dihasilkan adalah ‘exercise’ terhadap otot tangannya sahaja selain dari bermesejan. Adakalanya cukup menarik. Kita tengok, diam dan angguk-angguk sahaja seolah mengerti terhadap karyanya...kalau tidak keberatan...bagilah kata2 pujian sikit...”Luarbiasaaa”…pasti dia tersenyum....
Tetapi jangan
Padi beras, petuali tiga,
Cuba menyapa di alam maya,
Jangan hanya terpaku sila,
Naluri terdetik , hati teruja,
Apalagi...hulurlah sama.mari kita merasa,
takut nanti terkenan di jiwa.
Kebanyakan karya beliau, kalau jadi, jadilah dia...kalau tak... terus ditinggalkan sahaja, ada juga baiknya....namun, kalau yang jadi..cukup meRUNTUN jiwa!...apatah lagi kalau tiada wang disaku, jangan cuba bertanya berapa ini satu harganya??..Memang benar apa yang telah dikeutarakan oleh Abdullah Jones (mentor dia)..dalam blog terkininya..preview pameran RUNTUN... pengalamannya sebagai ‘khadam seni’ selama ini yang akhirnya menampakkan kematangan dalam bekarya yang kadangkala juga berupaya mencabar minda para siswazah seni akan kehebatannya menterjemahkan karya! -perkara ini mungkin tidak diketahui oleh diri beliau sendiri.
Apa yang dituntut...acai....teruskan bekarya!
Manakala rakan seangkatannya, Najihah, atau lebih dikenali sebagai cikgu najihah, sebenarnya beliau ini sudah lama bekarya. Menimba pengalaman luas bersama salah seorang pelukis tempatan. Beliau berpendidikan formal dalam bidang senilukis. Namun, setelah diamati apa yang dihasilkannya...beliau tidak berupaya untuk lari... cukup menyatakan akan kekuatan jiwa ‘keCINAanya’.
Lihat sahaja karya-karya beliau sejak mula beliau berkanvas hingga pada hari ini..hanya bunga menjadi subjeknya...tak salah!... Benarlah kata orang berbahaya jika bermain cinta dengan anak gadis cina, jika ditinggal padah jadinya...mungkin racun umpanannya.
Ternyata apa yang dihasilkan tetap terpesona dengan intuisinya...sama ‘taksubnya’ sebagaimana rakan2 cina kita yang lain -Ho Say Yong, Nai Tong, ternyata apa yang dihasilkan adalah rakaman terhadap kecantikan subjek dalam ”benchmark” yang tersendiri...mungkin kalian susah untuk memahaminya atau lebih senang diumpamakan sebagaimana cina yang gilakan batu..mengikut kepercayaan batu yang sesuai boleh membawa kerasian kesihatan, kekayaan dan keharmonian terhadap diri sipemakainya...beginilah keadaannya dengan karya beliau ini...anggapan ini adakah meRUNTUNkan kita?... atau lebih malang.. Khurafat kah kita?
Namun dalam hal yang demikian, saya kalau diberi pilihan tanpa ragu dan was akan memiliki karya kedua-dua dari mereka sebagai koleksi sejati!...kenapa?...saya rasa ada kemungkinan mereka ini akan menjadi ’sejolie’ tidak lama lagi.
Lebih-lebih lagi bilamana ada ura-ura yang menyatakan RAJAWALI akan diantarabangsakan sedikit masa lagi,juga kehidupan acai yang agak terbela sejak akhir-akhir ini dibandingkan dengan zaman neo-klasiknya. Juga anak-anak (bagi mereka dibawah 40an) yang berada di RAJAWALI bukan calang-calang orangnya...mereka ini adalah dikalangan seniman dan budiman yang berupaya menghubungkaitkan keindahan karya dengan kebesaran Tuhan, namun...mereka bukan dari kalangan ZUHUD, sebab mereka bukanlah sufi yang pandai berbicara dengan hakam agama..
Cuba kita meletakkan diri kita seketika sebagai kalangan yang berkemampuan...yang berhasrat ingin membeli karya....bagaimana?,siapa pelukisnya?, apakah gambarnya?....dan pelbagai soalan lagi..sudah tentu kita cukup berhati dalam mengeluarkan belanja, sebab golongan seperti kita ini kebanyakkannya cukup kedekut, terutama ingin membeli karya... so, banyaklah perkara yang perlu dipelajari...atau ’Hazzle Free’, tanya kepada mereka yang arif tentang memiliki karya...bagaimana nak pilih karya supaya suatu hari jadi duit balik!... (walaupun kita boleh membeli secara membuta tuli asalkan dilukis menggunakan kanvas...agaknya la..)
Untuk itu jawapannya mudah sahaja...karya mereka berdua ini boleh juga menjadi karya yang baik dan belum tentu akan menghasilkan duit semula....sebab mereka2 ini adalah sebahagian mereka yang telah diisytiharkan sebagai ‘artis’.. bukan ‘tukang lukis’ lagi di Kuantan ini. Hasrat bagi menghayati mahupun memilikinya adalah sesuatu yang cukup berbeza juga tergantung kepada kemampuan diri seseorang.
Karya acai memerlukan pemahaman dan penghayatan dalam diri pemerhati bagi mendekatkan ‘aura’nya... manakala karya Najihah lebih senang difahami dan merujuk kepada diri keibuannya atau dalam bahasa bangsawan- “ibu Pertiwinya”. Barangkali karya ini sesuai untuk diletakkan di samping meja makan!.
Sekiranya saya sudah membeli karya mereka ini, jangan tanya dimana akan saya paparkan karya mereka berdua ini?...di ruang parkir atau lobi atau setor mahupun tandas ekslusif rumah saya...itu bukan soalannya!...soalnya saya sudah pun memilikinya!.sudah....cukuplah sekadar orang ramai menyatakan saya sudah memiliki karyanya atau lebih baik lagi dia akan cuba untuk menyapa dengan bernoda diruang facebook saya pada masa akan datang, itu sudah cukup meRUNTUN bagi saya...
"Of all the arts, abstract painting is the most difficult. It demands that you know how to draw well, that you have a heightened sensitivity for composition and for colours, and that you be a true poet. This last is essential." -- Wassily Kandinsky.
Dari saya, Rakan songsang Rajawali....
Mohd Ismadi Sallehuddin
kurator
No comments:
Post a Comment